Salam Ramadhan ditujukan khas kepada semua yang membaca. Ramadhan kali ini lebih bermakna kerana ini kali pertama saya menjalani ibadah di bumi asing tanpa keluarga terdekat, juga Ramadhan kali ini mengajar saya tidak bermanja-manja juga menyedari hakikat sebenar puasa. Selama ini di definisi puasa di Malaysia hanya berlegar antara pasar Ramadhan, baju raya, kad raya, dan ziarah raya. Kali ini tiada seperti itu lagi. Tiada masakan Mak. Tiada leteran Mak mengejut saya bersahur. Tiada pasar Ramadhan. Tiada terawih secara ‘grand’. Tiada menonton Jejak Rasul, apatah lagi Al-Kuliyyah. Tiada juga nampak orang dibawa menaiki van jenazah bersama pinggan. Tiada lagi istilah manja-manja. Tiada pergantungan. Semua sendirian. Dewasa ini, dapat saya menyedari hakikat sebenar bahawa segala perbuatan, amalan, niat, fikiran, suara hati dan segalanya yang datang dari ini tiada kaitan dengan sesiapa pun, hanya diri sendiri. Setiap perbuatan yang saya lakukan diumpakan seperti lebuhraya utara selatan (PLUS?), jalan dua hala. Antara saya dan Maha Pencipta. Hanya aku dan Dia.
Tulisan Tony Parsons (ya, penulis novel kegemaran ramai itu) tentang keceluparan Pope Benedict XVI. Ada elemen canda, fakta dan pendapat dan saya bersetuju dengannya.
Protes terhadap Tony Blair (TB) di Manchester. Seramai 10K penduduk Manchester berkumpul mendesak TB turun dari takhtanya termasuk adik ipar TB, Lauren Booth.
Thai dengan coup d’etat terhadap Thaksin, bukti apabila rakyat bersatu, dapat menjatuhkan pemimpin yang ___________(sila isi tempat kosong.
pandainye mulut dia ni berkata kata ye .. hehehee ….
ape pon selamat berpuasa juga.. apesal plak berpuasa tanpa keluarga lebih bermakna? tak sedih ke? eheheeeee