Bismillahirrahmanirrahim….
Sehari selepas pilihan raya kampus (PRK) sesi 06/07 saya cuba coretkan pengalaman yang ada bermula penamaan calon sehinggalah ke hari pengundiannya. Saya bukanlah seorang pejuang tetapi sekadar mampu saya cuba menghayati bagaimana ertinya perjuangan untuk membela mahasiswa kali ini.
Bermula daripada hari penamaan calon lagi beberapa perkara mengejutkan telah terjadi. Wakil calon Fakulti Pengajian Islam yang selalunya dimenangi tanpa bertanding oleh Mampu pada sesi sebelumnya kali ini terpaksa bertanding dengan calon Aspirasi. Saya diberitahu sebelum itu calon Aspirasi tersebut cuba untuk menarik diri tetapi dihalang oleh pentadbir universiti. Bahkan lebih mengejutkan calon tersebut merupakan pasukan PALAPES yang sebelum ini ditegah mengikuti PRK. Malah tidak dibenarkan langsung hadir ke tempat penamaan calon. Tetapi disebabkan nafsu egois pentadbir, beliau dipaksa bertanding. Maka pilihan raya kali ini mempertandingkan semua 34 kerusi tanpa ada yang menang tanpa bertanding.
Kempen pun bermula. Pelbagai risalah dihantar bilik ke bilik sama ada dari pihak Aspirasi mahu pun Mampu. Poster dan banner dinaikkan di setiap fakulti dan kolej. Calon aspirasi dengan dibantu oleh pentadbir melaksanakan propaganda busuk dan jijik untuk memburukkan Mampu. Lebih dari itu mahasiswa diugut terus mengundi aspirasi jika tidak mahu dibuang kolej terutamanya pelajar tahun satu. Tahun ini tidak pula kelihatan calon Mampu yang datang berkempen di kolej. Mungkin disebabkan pengalaman sesi lepas yang saya lihat dengan mata saya sendiri. Calon Mampu dihalau ketika cuba berkempen di kolej sebaliknya calon Aspirasi diiringi oleh YDP kolej ketika datang meraih undi. Inilah demokrasi gila tajaan pentadbir untuk memastikan mahasiswa bisu dari terus mendedahkan penyelewengan mereka. Penipuan terus berlarutan sehinggalah pukul 12 malam sebelum hari mengundi.
21hb September sebenarnya merupakan hari bertuah saya mula melihat dunia 20 tahun yang lalu. Jadi bersempena hari pengundian yang kebetulan sama dengan hari jadi saya, saya amat berharap ketika itu Gabungan Mahasiswa yang diterajui Mampu kembali menguasai UKM. Bangun pagi itu, saya tidak terus ke foyer kolej untuk menunaikan tanggungjawab. Saya membuka komputer membaca berita sambil mencari maklumat terkini mengenai perjuangan mahasiswa di universiti lain. Ada juga ucapan ulang tahun yang dihantar rakan melalui email. Terima kasih…
Saya masuk ke pusat pengundian kira-kira pukul 11.30 pagi. Macam biasa PRK yang tidak telus tetap berlaku. Wakil Aspirasi yang mengedar nombor calon mereka dibiarkan sehingga ke pintu masuk mengundi tanpa halangan. Kakitangan kolej pula mencatatkan no siri di kertas undi dan undi saya tidak lagi rahsia ketika itu. Saya diberitahu oleh rakan saya yang menjadi jentera aspirasi bahawa di sebuah kolej lain borang kolej semester depan diedarkan bersama ketika masuk mengundi. Ugutan seperti ini menjadikan pengundi takut di buang kolej. Ketika mengundi saya bisikkan dihati bahawa hidup saya hanya milik Allah yang satu. Hanya yang berjuang layak diundi saya. Tanpa rasa gentar saya mengundi calon pilihan saya…..1,2,4,5,7,12, dan 3,4 untuk calon fakulti saya. Saya keluar dengan hati yang lapang sambil melemparkan senyuman kepada rakan seperjuangan yang menjadi pemerhati pada hari itu.
Pengundian ditutup tepat jam 5 petang. Proses pengiraan dilakukan. Saya lupakan sebentar mengenai PRK kerana sibuk dengan persiapan Hari Persuratan Melayu esoknya. Selesai raptai saya meminta pengerusi membenarkan saya keluar tanpa memberitahu hal sebenar. Saya bergegas ke tempat berkumpulnya rakan-rakan Mampu. Saya dengar ucapan presiden walaupun agak terlewat. Keputusan tak rasmi ketika itu Mampu kalah 29-5. Mahasiswa terus dijajah untuk sesi seterusnya. Jangan ada yang marah jika tahun depan harga makanan di kafe dan yuran kolej naik lagi. Jangan ada yang berdemo marahkan pentadbiran jika lembab. Kerana pilihan untuk mengubahnya telah berlalu. Anda sendiri yng menyutujuinya melalui PRK ini.
Ketika dalam perjalanan pulang saya terima sms dari seorang kawan jentera aspirasi bertanyakan keputusan PRK. Saya katakan kamu dah menang. Sebaliknya dia memarahi saya dengan mengatakan tahun ini pilihannya Mampu. Alhamdulillah…dalam menelan pahit kekalahan, ada juga kemanisannya apabila rakan sendiri kembali ke jalan perjuangan.

“Islam itu jemaah dan tiada jemaah selain Islam. Hidup ibarat roda, ada ketikanya majoriti, ada masanya minoriti. Maka kekallah bersama jemaah walaupun sedikit.”
Pesanan itu saya genggam sampai mati….
“Kalau bukan hari ini,esok…kalau bukan bulan ini, bulan depan…kalau bukan tahun ini, tahun depan…Lawan tatap lawan”
Kalimah itu saya semat dihati…
Kalimah itu saya semat dihati…
Kepada rakan seperjuangan, bergeraklah dari sekarang untuk menghadapi PRK sesi akan datang. Tiada erti putus asa dalam perjuangan. Memang menjadi harapan saya untuk melihat kebangkitan mahasiswa sebelum menamatkan pengajian di taman ilmu ini… Percayalah pada diri…Esok mentari ada lagi…Allahuakbar!
kenapa masih mahu mengundi orang yang tak memperjuangkan hak pelajar?
kenapa masih bising2 harga itu ini naik, yuran itu ini kena bayar sedangkan masih mengundi pihak yg mengaut keuntungan itu. di mana cermin intelektual mahasiswa malaysia?
selamat hari lahir ke 21 buat naim@romong (boleh mengundi!). semoga umur diberkati juga dirahmati. ameen.
insyallah….
perjuangan untuk Islam akan terus subur di bumi UKM ini……
budak tahun satu,FEP.