Sejak dah ada anak dua lagi susah nak spend masa utk get to know each other. Bayangkan dgn kerja dan tanggungjawab kepada keluarga walhal kita kena “uruskan emosi pasangan” bak kata Ustazah Norhafizah yang lembut tu. Spending our hard-to-be-spent time watching Imax together should be one of our moments yang perlu diingatkan tatkala rumahtangga diuji dengan emotional turmoil.
Kalau rumahtangga ni boleh repeat masa macam dalam movie Edge of Tomorrow lakonan Tom Cruise, rasanya ramai pasangan bercerai yang dapat selamatkan rumahtangga mereka. Tapi life tak boleh live, die, repeat. It’s a long journey yang membuatkan kita belajar banyak perkara samada diri sendiri atau orang lain terutamanya yang dekat di hati.
Sungguh pelik bila Allah jodohkan seorang lelaki dan wanita kerana ramai pasangan yang aku jumpa are totally opposite of each other. Sesebuah rumahtangga berjaya atau tidak bergantung kepada kehendak hati samada nak overcome the differences and celebrate it atau go with your own head (sebab selfish la penceraian berlaku-memasing tak faham satu sama lain) mungkin sebab orang dulu pandai uruskan emosi dan saling menjaga rahsia rumahtangga hingga kadar penceraian adalah rendah.
I’ve been through my parent’s divorce and I’ve seen that too many wounds being swallowed and lack of communication will lead to survival mode and saving each other’s emotions. Thus the divorce.
Edge of tomorrow is about the future that really depends on us to determine. Kalau salah buat cara lain. Kalau mati cari cara nak elakkan diri daripada mati. Masa awal movie sarjan tu cakap we are responsible for our future. People make mistakes. Takde siapa yang perfect. Jadikan pengalaman lepas sebagai kayu ukuran. Ambil pengajaran daripada kesilapan. Move on dan repeat cycle. Mistake, learn, move on.
Alangkah bestnya dapat mati hidup semula dan ubah kesilapan lampau namun ia hanyalah sci fi action movie yang diambil dari imaginasi penulis yang bijak bercerita.