Seorang anak murid mengomel dengan marah apabila rakannya memijak kasutnya. Lalu kudatang dekat dan berkata padanya:
Mus, kenapa marah-marah?
Dia pijak kasut saya cikgu.
Kalau ye pun jangan la mencarut. Tak baik.
Takde lah dia pijak kasut saya habis kotor.
Iye. Cikgu faham. Dia tak sengaja. Cuba awak bayangkan, nabi Muhammad tu dibaling taik, dilempar batu. Tapi dia tak marah pun. Sampai malaikat Jibril kata “Ya rasulullah, bolehkah aku terbalikkan bumi Thoif ini?” tapi rasulullah kata “Jangan, takpe”. Awak ni baru sikit kena dah marah-marah. Cuba sabar sikit.
Alhamdulillah lepas aku sound, dia cool down. Rajin pula buat kerja aku lepas tu. Mudah-mudahan ada orang ingatkan aku dengan kesabaran rasulullah apabila aku marah. Dan sesiapa yang pernah marah aku, aku tak pernah ambil hati. Aku maafkan kerana aku juga ada buat silap. Kalau aku mahu belajar untuk mengajar, aku kena tahan sabar bila orang marah aku kerana dia buat begitu untuk mendidik aku supaya menjadi lebih cemerlang. Hello, Rasulullah is the greatest example and he’s the greatest teacher. Because of him, his patience delivering Islam, people strive to be excellent to fulfill task as a khalifah in this world and thereafter. May Allah give me the strength.
Status updated by Ustaz Zahazan: Kepada anda yang sedang marah, bacalah Ta’awwuz (Azubillah), tukarlah posisi dari yang tinggi kepada rendah (contoh kalau sedang berdiri, duduklah, begitulah seterusnya – kalau sedang baring? tidurlah. insyaAllah selepas tidur kemarahan anda akan reda) ambillah wudhuk, semoga dengan wudhuk tersebut dapat memadam api kemarahan anda, diamlah, semoga dengan diam kita akan lebih bermuhasabah, banyakkan zikir dan beristighfar, minumlah air, lakukan senaman fizikal dan lain-lain perkara yang dirasakan sesuai dan tidak melanggar syara’. Boleh juga baca buku “Menangani Sifat Marah” atau mendengar CD “Menangani Sifat Marah.” Moga2 kita diberi petunjuk melaluinya, insyaAllah.