Cikgu, sila beratur!

Hari ni barisan nak bayar makanan kat kantin panjang. Ada sorang dua nyelit masa aku beratur. Aku tahan nafas amarah. Tak semua cikgu ni civilised rupenye (masa tu cikgu laki).

Kemudian time aku nak letak pinggan, nak amek duit dari purse DP kesayanganku itu, adalah hamba Allah ni (kaum Adam juga la~) cuba meletakkan pinggan dengan kernyihan (sengih tahap busuk) di muka. Aku cakap dengan nada yang tegas “no2. i queue. this is my queue”. pastuh mamat kerang tu pun kernyih lagi sambil tunggu tepi aku. “tade2. that’s the queue”. maka dia pun dengan menurut titah perintah aku, beratur dengan baiknya. alhamdulillah. setel.

ada pulak lagi sorang makcik tibe2 datang nyelit nak baya. aku slow talk dengan kakak kantin:

Aku: Lain kali jangan layan orang yang tak beratur neh.

Kakak: Alaa nak buat macam mana. Derang memang camnie (eh! aku pun nak bagi korang duit gak pe!)

Aku: Ape pulak kak. Ni institut perguruan.(sambil memandang sinis makcik itu)

[makcik tu pun rasa bersalah dan terkulat-kulat dok kat meja tu]

Maka aku rasa entry aku yang lepas tak berapa relevan zaman sekarang. Walaupun makcik tu dah berzaman mengajar, lagi senior dari aku, ade ke she’s being a teacher when she’s in teaching institute? Cikgu ke perangai memotong barisan? Korang ingat korang je ke yang lapar? Korang ingat korang je yang ada duit nak bayar? Excuse me! Obeying queue line is a sign of civilisation and moral.

Mungkin selama ni takde orang nak tegur derang pasal perangai huduh derang ni. Macam ni ke cikgu? Puhleaseeee!! Dengan aku siap la kau. Pasni kalau aku ada payung masa beratur, mungkin aku akan menggunakan ia sebagai teaching aid. Bagaimana aku akan menggunakannnya? Terpulang kepada situasi.