cikgu miss

[dari anak murid]

cikgu, dia pukul saya

cikgu, dia ejek bapak saya

cikgu, buku tertinggal

cikgu, mak saya tak bagi duit untuk beli buku

cikgu, itu

cikgu, ini

cikgu, begitu

cikgu, begini

[dari guru]

cikgu tak larat

orang kata muka cikgu pucat

hidup cikgu bersendikan huraian sukatan pelajaran

tidur cikgu tak lena sebab rancangan mengajar harian

pundak cikgu tanggung dosa dan pahala

mata cikgu berat

badan cikgu sangat penat

tapi cikgu kena sihat

sebab cikgu perlu kamu

untuk tambah saham di akhirat

Moral: Please do not whine, kids. You have no idea how my life has changed since I started my practicum day.

1 thought on “cikgu miss

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *