Esok ada 4 kenduri. Satu di Pahang, satu di Kedah, kemudian di Selama dan ahirnya kenduri kesyukuran di Klang. Baguslah. Selamatlah walimah dan kenduri. Mudahan diberkati Allah. Baru tadi tengok Wedding Daze atau di US lebih dikenali dengan tajuk ‘The Pleasure of Your Company’. Dah lama download ia. Dulu takde masa nak tengok. (Gosh my BeeEm is so broken). Sekarang ni musim nak membina masjid. Alhamdulillah. Dah sampai masanya. Tahniah semua. Mudahan bahagia hingga ke jannah.
Oh ye. Lagi satu kebaikan membina masjid (kahwin). Solat orang yang sudah berkahwin itu juga dua kali ganda pahalanya dari solat orang yang masih bujang. Jeles aku. Tetambah kalau dapat berjemaah dengan suami.
Sebarang soalan bonus atau cepu emas kepada penulis adalah dilarang sama sekali
Lagi satu kes membina masjid. Tadi sebelum Maghrib ada pelancaran Masjid Kristal di Terengganu (ni masuk subjek masjid tempat orang solat tu ye). Subhanallah hebat. Yang pertama dalam dunia kata Mamanda Menteri. Tiada masjid dalam dunia ni yang dibina menggunakan keluli dan gelas. Kalau siang warnanya bagai permata. Waktu malam ia bersinar mengikut cahaya lampu. Seni binaan memang hebat. Semuanya hasil kerja orang Terengganu (yeke? takkan takde sedikit orang Indon pun? Ahahaha) Hiasan dalaman pun cantik dan halus. Tapi malangnya ia tak digunakan untuk solat Jumaat (I pun tatau kenapa. Katanya belum taraf masjid jami’). Baginda pun muka tak berapa ceria la membaca titah, mendoakan agar negeri takluk beliau dilindungi dari malapetaka. Mungkin kerana baginda terasa kehilangan seorang Mamanda yang bisa membaca doa tanpa mengharapkan Sang Mufti. Kemudian hati kecil ini bertanya:
Orang datang solat di masjid ni, nak lihat keindahan masjid ke sebab nak solat?
Apa point buat masjid lawa-lawa. Rasanya Al-Aqsa tu kalau solat di dalamnya, dapat pahala 500 kali ganda. Alangkah lebih baik disedekahkan duit rakyat Malaysia itu kepada saudara seislam disana. Panjang pahala rakyat Malaysia. Di sana Insya Allah ada orang melakukan solat sepanjang waktu. Bacaan lanjut.
I’m impressed with the geekiness of Terengganu people who read Quran using computer. Welcome to the club. Heheh.
Mudahan rakyat Terengganu dapat memanfaatkan dan mengimarahkan masjid tersebut.
Moral: Binalah masjid kalau anda mampu. Sekianterimakasih.
mmg byk komen2 yg sy dpt berkenaan masjid kristal tuh.. tp subhanallah mmg cntek.. (my sis sedikit exxagerate kata tu masjid plg cntik penah dye tgk di dunia) kagum skejap wrga terengganu nih
ainee.. cepat2 lah cari bakal calon! ker dah ade?
ermm….