shahrul mubarokah datang lagi
ramai menanti
ada juga yang gusar hati
Ramadhan ini senggang masa yang dicari
Ramadhan ini makanan apa yang menanti
andai aku punya sisa nyawa
andai aku punya peluang kedua
biarkan aku hidup dalam Ramadhan sementara cuma
menjalani siang
menanti malam
leraikanlah aku dari nafsu
jauhkanlah aku dari belenggu
dekatkanlah aku dengan rahmatMu
kasihilah aku dengan rahmanMu
dan kemudian ambillah aku
kerana aku mahu menumpang sekejap cuma
kerana aku insan yang hina
Plymouth, 10 September 2007.
semoga tenang menjalankan ibadah puasa di bulan mulia. InsyaAllah.
salam ramadhan!
Selamat ramadan ya..
Tak ada nama penulis sajak ini kah? low profile nampaknya penyajak ini ya.. hehe..
Salam dari SangPelangi
sayalah penulisnya.
Ooo.. selamat berkenalan ya..
EyeKneeKawai—hehe macam bunyi2 Cina+Jepun plak..