Salam. Komik ini adalah karya Kamalsan (klik untuk besarkan saiz). Mahu berkongsi dengan pembaca sekalian, kerana perkara yang sama pernah terjadi pada diri saya. Hahah.
Rakan saya: A***, kau follow rancangan dot dot dot tak?”
Saya: Er, tak. It’s not my cup of tea anymore…(followed by dead silence)
Saya tidak bermaksud menujukan komik ini khusus kepada mana-mana individu. Mahu menjadikan ruang kecil blog ini seperti ruang vlog Brother Ali dari UmmahFilms, dengan tujuan yang sama, “Reminding you just in case you forgot”. Cuma menjalankan tanggungjawab saya dan kita, seperti dalam surah Al-Asr, ayat 3. Tolong ingatkan saya juga andai saya lalai, ‘terkembali’ kepada tarikan jahiliyyah dan termakan hasutan syaitan. Huu~~~(T_T)
Nasihat dari seorang teman dari Birmingham, amalkan membaca doa dari Surah Ali Imran, ayat 8-9. Tafsirannya:
[8] (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.
[9] Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.
Ya Allah, please grant our dua. Amin.