Salam kemerdekaan saya ucapkan kepada seluruh warga Malaysia khususnya belia Melayu yang menjadi harapan kepada seluruh masyarakat kerana andalah yang akan menggalas tugas untuk memimpin wawasan negara menjelang tahun 2020. Entah berjaya atau tidak sama-samalah kita tunggu dan lihat kemudian nilailah sebaiknya. Dengan suasana suram dan lesu belia hari ini saya masih mengharapkan sesuatu akan berlaku.
Sempena sambutan yang ke49 ini saya mengajak semua rakyat Malaysia menilai kembali sejarah bagaimana perjuangan orang terdahulu sehinggakan kita dapat merasai nikmat keamanan sehingga hari ini. Tidak saya nafikan rundingan antara Tunku Abd Rahman dengan pihak British akhirnya berjaya membebaskan Negara kita ini. Tetapi lebih jauh daripada itu, perjuangan Tok Bahaman, Tok Janggut, Mat Kilau, Dato Maharajalela dan pejuang dahulu yang dianggap pemberontak sebenarnya yang memberi sumbangan yang lebih besar kepada keamanan yang dicapai pada hari ini.
Bagi saya, mereka bukanlah pemberontak seperti yang diajarkan kepada kita. Sebaliknya mereka adalah pemula kepada perjuangan dan semangat kepada seluruh rakyat Tanah Melayu pada ketika itu untuk membebaskan negara daripada cengkaman penjajah. Saya percaya penentangan mereka terhadap sistem residen British telah menyedarkan masyarakat ketika itu. Bahkan kebanyakan pejuang ini adalah orang alim yang menentang usaha British yang cuba memisahkan Islam daripada masyarakat Melayu.
Walaupun perjuangan mereka dilihat terlalu kecil bagi sesetengah orang, tetapi hakikatnya usaha mereka inilah yang menjadi tunas kepada wujudnya gagasan kebangsaan yang lain sehingga berjaya mendesak British meninggalkan negara ini. Terima kasih wira-wira ku sekalian…..
: )
Merdeka aku di London. Haha. Negara kita menyambut ulang tahun bebas dari penjajah. Di sini mereka menyambut ulang tahun kematian Princess Diana. Aku menyambut keduanya.
Hmm, sebagai bakal guru, aku bakal menanggung tanggungjawab untuk menyampaikan definisi sebenar kemerdekaan. Soalan kepada diri sendiri: Mampukah aku?
Sungguh besar peranan bangsa melayu pada zaman pra kemerdekaan. Negara jiran kita mendapatkan kemerdekaan menggunakan senjata, kita sangat bersopan santun lagi halus caranya. Toleransi antara kaum juga, aku rasa, kita juara.
Semoga kemerdekaan kali ini tidak akan berakhir dengan cerita tragis. Semoga ia membuka lembar baru, menjadikan Malaysia lebih cemerlang, dan kita harus berterima kasih kepada tokoh pejuang bangsa kerana mereka, kita boleh mengecapi kemewahan tanah tumpah darah ini. Terima kasih kerana senggup mengorbankan nyawa demi kami. Terimalah kasih kami.