Semasa hendak memulakan artikel ini saya terfikir apakah topik yang sesuai untuk dituliskan pada sesi ini. Untuk berapa ketika saya teringatkan keluhan setiausaha agung Majlis Belia Malaysia mengatakan bahawa belia Melayu kurang aktif berpersatuan seterusnya menyebabkan gejala yang tidak sihat untuk bangsa kita. Sesuatu yang menarik pada saya untuk dirungkaikan. Sebenarnya belia Melayu suatu ketika dahulu merupakan golongan yang hebat dengan kegiatan ini. Bahkan tidak kurang juga yang ditangkap kerana berpersatuan.
Saya punya firasat bahawa belia Melayu yang hebat berpersatuan suatu masa dahulu adalah kerana mereka bebas untuk melakukannya. Belia kita yang aktif berpersatuan sebenarnya adalah daripada kalangan mahasiswa universiti. Namun disebabkan bodohnya kerajaan yang mewujudkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang menghalang mahasiswa menyertai sebarang pertubuhan di luar universiti maka tidak hiranlah kalau belia kurang berpersatuan. Ingin saya tegaskan bahawa sebagai seorang belia saya cukup minat untuk berpersatuan tetapi terhalang. Saya memang bercita-cita untuk menyertai ABIM, GPMS dan sebagainya tetapi tangan dan kaki kami diikat ketat. Apa lagi yang ada pada mahasiswa. Adakah kami datang ke universiti hanya untuk segulung ijazah kemudian menganggur. Akibatnya belia Melayu sudah tidak ada yang berpersatuan. Kalau ada pun penyertaan mereka dirahsiakan. Berani saya katakan kami di universiti di Malaysia diajar menjadi dayus dan pengecut!
Sebagai seorang mahasiswa, saya mendesak kerajaan dapat menilai hakikat ini. Bukan berniat menentang kerajaan tetapi harapan saya agar mahasiswa kembali vokal membela masyarakat dan penasihat kepada yang memerintah….
*ainee menyibuk: ade vclip tentang ketidakadilan semasa pilihanraya kampus di UM dan universiti kerajaan yang lain. semoga perjuangan mahasiswa dan mahasiswi malaysia tetap utuh dan bersemangat. Anda sendiri lihat; dimanakah keadilan sistem pilihanraya universiti dan politik kampus? Kenapa AUKU umpama memberi kelebihan kepada pro-aspirasi? Kenapa pro mahasiswa umpama tidak mendapat tempat di hati para mahasiswa sedangkan ia adalah pertubuhan yang akan menjamin suara mahasiswa didengari. This election smells fishy. Agree or not, watch this video before you make any assumption. ps: abg ‘Ainur (Ramadan Ellias)ade laa~
* NIAT AUKU 1971 DIGUBAL UNTUK MENUTUP “PEKUNG” KERAJAAN.
Contohnya :
– Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) isytihar manifesto sokong pembangkang dlm PRU ke-4 sehingga dikatakan antara punca yang mencetuskan Persitiwa 13 Mei 1969.
– Demontrasi Anti Tunku oleh PMUM di UM pada 29 Ogos 1969
– Demontrasi “Papan Tanda” 5 Okt. 1970 – pertembungan PMUM (sosialis) & PBMUM (nasionalis) sehingga membuka terlalu banyak kelemahan Kerajaan dalam isu bahasa Melayu & pendidikan.
sumber: http://www.kampusnegara.net/kampus/modules.php?name=News&file=article&sid=50&mode=thread&order=0&thold=0
Penulis: Mohd Rifaudin b. Hj.Abd Wahab
Pengerusi
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
Sesi 2005/06
huhu..pedasnya..insaflah wahai mahasiswa yang diikat..hehe.. nak wat camne? sedar macam mane sekalipun anda x boleh berbuat ape2 gak..inilah kejamnya dunia pilihanray universiti..nama ja pusat intelek..tapi sebenarnya ini bangang namanya