Akhbar kita boleh dipercayai?

Rasanya ramai yang tahu tentang propaganda dan media (moga-moga hendaknya). Sejak belajar di Plymouth ni kenalah belajar baca akhbar secara online agar tak ketinggalan dengan pengetahuan isu semasa. Cikgu lah katakan. Kena ambil tahu tentang general knowledge. Kerana sifatku yang curious ini, aku baca dari banyak sumber dan suka buat comparison bagaimana sesebuah akhbar itu perceive sesuatu isu. Dulu ada satu kes, yang aku baca di akhbar X ini, dan bila semak akhbar nasional yang tersohor dan paling cepat update di internet, tak ada langsung isu itu disebut (terbaca dari blog akhi faisal, pertembungan luar dugaan). Begitu juga hari-hari berikutnya, tiada akhbar nasional yang melaporkan tentang konflik dalaman antara 2 pemimpin paling besar di negara (one used to be a pemimpin but looks like he’s the one in charge of Msian admin). Lantas, aku bertanya kepada yang arif, dia memberikanku satu link website gosip politik di Malaysia. Then, lama kemudian baru nampak dalam akhbar Y ni. Tak tahulah kalau aku yang ketinggalan. Dikatakan agar jangan mengapikan dua orang pemimpin ini. Lepas tu, malas nak ambil tahu. Itu satu.

Pagi ni, baca dari akhbar Y tu. Satu berita sukan. Fakta dia berlainan sangat dengan apa yang aku dengar dari BBC semalam. Kalau rajin, google artikel ‘Perancis akhirnya layak‘. Dalam artikel tu, yang kononnya diambil dari Reuters, Zidane menyambut hari lahir yang ke 34 (saat perlawanan Perancis dan Togo). Pelik, setahu aku, Viera yang sambut hari lahir. Aku semak laman web Reuters, lain pula ceritanya. Klik sini untuk berita penuh. Perkara ini membuatkan aku berfikir panjang, untuk mempercayai kesahihan berita dari akhbar Y ini. Kalau benar diambil dari reuters, kenapa lain benar? Padahal reuters letak nama Viera sebagai subjek di hadapan ayat, baris ke-5. Samalah macam manusia, lain yang terjadi, lain yang dicerita.

Nota kakiku yang bersaiz 7: Semoga aku akan menjadi lebih bijak untuk memilih dan mempercayai ‘sumber’ berita.

5 thoughts on “Akhbar kita boleh dipercayai?

  1. dalam subjeck EDUC261~ Information Literacy dimana pelajar-pelajar harus tahu membezakan informasi yang diperoleh daripada sumber2 media digital yang semakin meluas.~

    hurm~

    one more paper to go weihh!!

    keep on writing aini!

  2. stendet lahh….
    mne2 pon ade silap…
    xde yg sempurne dlm dunie nie melaenkan kejadian manusie ciptaan Tuhan

  3. tapi ni tersilap fakta. bukan silap ejaan. akhbar kenalah tepat. sebab berjuta org yg membacanya. kalau 90% yg membaca artikel itu percaya dengan apa yang ditulis, mcm mana? dah la diambil dari sumber reuters, kononnye lah, tp bila rujuk blk reuters, lain pula berita nya. mcm mana tuh??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *