Panggilan tipu credit card

Suasana petang yang nyaman. Cuaca suam-suam mendung. Tiba-tiba an automated female operator voice called me with a message “you are about to verify a transaction of  rm3200.50  press 5 to proceed, press 9 to retreat and press 0 to speak to our customer service. So I pressed 0 lah kan sbb tgh nengok bebudak main bola baling kat padang. Celah mana nak buat purchase kat KLIA! Tiga ribu dua ratus? What? What? Panic mak. Rasa macam rumput kat padang tu panas. Macam mana nak bayar nanti? Bukan ke bil kredit kad dah bayar? Dah memacam soalan keluar. Masa tu memang rasa jantung nak tercabut sebab total purchase dah cecah rm6200.50.

Operator: cik boleh verify application card pada November 2013?
Me: ye. Nanti jap, awk kata ni kad saya yg mana satu eh? A ke B sbb sy ada dua kad dengab bank toooot.
Op: Ni adalah Ambank xxxx kad. Puan ada apply tak?

(Panik. Sbb igtkn tu kad dgn bank X)

Me: err…tak2. Tu bukan kad saya.
Op: ok kalau mcm tu maksudnya identiti cik telah dicuri. Saya nak stop kan transaction. Tunggu sebentar.
(Menunggu seminit)
Op: Ok. Sekarang ni sy nak cik buat laporan kepada Bank Negara talian utk credit card. Cik ada pen dan kertas? Saya nak cik salin nombor ni.
Me: ok ok. Ada. Teruskan.
Op: ok. Sekarang ni cik salin nombor yang saya beritahu ni. Ni adalah utk cik laporkan nanti kpd pihak bank negara.

Saya berada keadaan sedang panik sebab kena bayar hutang yg bukan kita punya.

Op itu meneruskan bacaan nombor kredit kad, tarikh application, jumlah transaction dan disuruhnya saya buat laporan on behalf of Ambank HQ KL.
(Masa tu masih belum mampu tenang dan berfikir)

Me: ok encik terima kasih kerana maklumkan saya tentang ni. Boleh saya tahu alamat billing ke mana?
Op: blah3 taman puteri wangsa KL.
Me: eh mcm mana pulak alamat situ? Saya ni dok jb. Cemana boleh buat purchase kat klia?
Op: takpe cik. Kalau mcm tu terus buat laporan pada nombor bank negara yg sy bg td. Cik explain apa yg terjadi, bank negara takkan kenakan tindakan atas cik sebab identiti cik dicuri.
Me: ok2 sy call sekarang. Terima kasih la encik selamatkan saya. Hanya Allah saja yg mampu balas jasa. Saya doakan encik selamat dunia akhirat.
Op: erk… (diam)
Me: terima kasih bebanyak ye encik. Assalamualaikum.

(Aku dapat rasa org tu terharu aku doakan dia mcm tu)

Pastu proceed ke balai polis Larkin, terjumpa dgn lans koperal merangkap ibu kpd anak murid. And kebetulan anak murid tgh tunggu ibunya habis shift. Dia baru balik dr sekolah agama.

Kop: ye puan, kenapa?
Me: saya nak buat laporan ada org guna kredit kad atas nama saya. Dh sampai enam ribu puan!!
Kop: eh, ye ke? Puan siasat dulu dengan bank. Kena ada hitam putih utk mengatakan yg puan ada kredit kad dengan bank tersebut. Baru minggu lepas sorang cikgu kena tipu. Ada org call beritahu dia ada buat jenayah di luar negara. Dia dah buat transaksi pun. Cikgu ada bagi apa2 maklumat ke?
Me: belum lagi. Tadi call tak dapat. Saya ni dari sekolah terus datang sini nak buat laporan.
Kop: kalau macam tu puan siasat dulu dengan bank. Pastikan maklumat yang puan ada ni betul. Selalunya tipu ni. Modus operandi dia guna telefon.

Me: oh ye ke. Kalau macam tu saya balik dulu lah puan. Terima kasih ye. Mujur saya belum call lagi number yang dia bagi.

Hati dah dupdap dupdap kena tipu dengan operator. First time kena sepanjang 28 tahun hidup. Google details Ambank. Paling dekat di Bandar. Tapi waktu tutup pada pukul 4.30. Confirm tak sempat. Call tak angkat hadoyai.

Call Zila. Dia banker kat bank jln kebun. Cerita kat Zila apa yg berlaku, then dia dapat inside info yg banyak kes fraud guna nama Ambank.

Adoyai. Mujur belum release maklumat peribadi dan bank. Dalam kepala otak masa ni tengah fikir mana la nak korek duit bayar hutang kredit kad yg ditipu. Huhhu.

So kalau lepas ni terkena lagi, boleh bayangkan my trust level utk tu dah cecah tanah.

3 thoughts on “Panggilan tipu credit card

  1. kawan kita yang kat kg pasir tu pun kena jugak..tapi bukan kad kredit..pasal apa entah and suruh call bank negara jugak.sekarang dia tutup semua akaun.tapi syukurlah dia tak sempat tertipu.Yang kawan dia lagi best,pasal pinjaman perumahan n kebetulan orang tu memang apply loan rumah.Habis 16K!!!

  2. ermm….saya br je kena semalam…..sama sebijik macam awak dapat tu…ayat2 yg sama….ermmm….

  3. Sy baru terkena hari ni. Exactly mcm kes atas. Tp RHB. Tp bank negara yg call ( kononnya) . Sy perasan bila sy di arahkan ke maybank utk buat sesuatu di atm. Bila sy tanya : mcm mana sy nak percaya yg ni betul dr bank negara, dia marah terus ckp pun x professional . Sy hang up je. Call up semua bank sy . Alhamdulillah selamat. Sb xda minta no kad atau ac. Nyaris nyaris….

    Tp diorang mmg cekap n menyakinkan

Leave a Reply

Your email address will not be published.