Taska vs Pengasuh

Ramai parents yang berada dalam dilema antara nak hantar anak yang masih baby da toddler ini kepada pengasuh atau taska? Here’s my experience of both.

KELEBIHAN PENGASUH

  1. Dipantau secara fokus oleh pengasuh. Kalau murah rezeki, ada pengasuh yang penyayang dan menjaga anak anda seperti anaknya sendiri.
  2. Kurang bakteria dan virus: Kalau anda hantar anak kepada pengasuh, anak kurang perlu melawan penyakit berjangkit seperti HFMD, pneumonia, bronchitis, etc.
  3. Harga lebih murah berbanding taska: kerana pengasuh tidak perlu maintan business dan menggaji staf pekerja.
  4. Suasana seperti di rumah: Anak-anak lebih selesa dan dapat menyesuaikan diri.

KELEBIHAN TASKA:

  1. Penjagaan secara standard dan professional: Staf taska akan mengambil nasihat anda secara professional.
  2. Kurang emotional attachment: Kalau nak tegur dari segi penjagaan, anda boleh lakukan secara professional dan mereka boleh terima secara professional juga kerana taska perlu jaga standard dan client.
  3. Overtime: Kerana aku pernah hantar ke pengasuh, pernah sekali ambil anak lambat dan aku dapat sindiran yang saaaangat menusuk dan menyakitkan hati. Kalau dengan taska, dia akan deal overtime secara professional. Contoh, RM5 sejam untuk seorang anak.
  4. Tak perlu beli barang keperluan dengan banyak: Di taska sudah ada bath tub, baby rocker, buaian, walker dan sebagainya. Kalau hantar dengan pengasuh, mungkin anda perlu keluarkan modal untuk beli semua barang ni.
  5. Staf ada kumpulan sokongan: Menurut pemantauan saya, ada staf yang tidur dan ada staf yang berjaga waktu anak-anak ini tidur. Jadi mereka masing-masing sane enough to take care the children because they had good sleep. Kalau pengasuh, mungkin waktu budak tidur lah dia nak langsaikan kerja rumah bagai. Lepas tu, penat. Lepas tu, moody.
  6. CCTV: Taska yang baik dilengkapi dengan CCTV dan sebarang pemantauan boleh dibuat oleh pengusaha, ibu bapa dan pihak berkuasa.
  7. Pemeriksaan oleh pihak berkuasa: Untuk memastikan kebajikan generasi depan, kerajaan mengambil berat kebajikan anak-anak melalui pemantauan pihak berkuasa. Setiap bulan, taska dipantau oleh Klinik Kesihatan dan Jabatan Kebajikan untuk memastikan kesihatan dan kebajikan anak-anak ini terpelihara. Di Taska Fahmi & Irfan, mereka akan minta parents sign consent form untuk ubat cacing. Kalau ada yang mengalami simptom chicken pox, measles dan sebagainya, mestilah dicutikan.

KEKURANGAN:

  1. Perhatian kurang diberikan pada anak kerana hendak melakukan kerja-kerja rumah harian seperti membasuh baju, memasak dan sebagainya.
  2. Perlu diketahui, standard keselamatan di rumah pengasuh tidak dipantau oleh badan berkuasa melainkan ibu bapa sahaja. Adakalanya pengasuh terlepas pandang seperti menyimpan barangan kecil yang boleh dikutip oleh anak dan dimakan. Atau di rumah flat, ada laluan yang muat dilalui oleh anak kecil dan kebarangkalian untuk mendapat kemalangan. Di taska anak saya dilengkapi dengan polyfoam mat yang tebal. So bebudak kurang cedera kalau jatuh dsb.
  3. Emotional attachment: Nak tegur, serba salah. Nak demand lelebih pula, takut dia tak berapa nak jaga anak kita pula. Kekadang pengasuh ada yang buat perangai mintak cuti tidak terancang. Sebagai guru, kita hanya ada cuti sebanyak 7 hari dalam setahun.

Sebagai ibu bapa pilihlah yang sesuai dengan gaya hidup anda dan poket anda. Yang penting, doa seorang ibu perlu diperbanyakkan kerana anda memerlukan tahap tawakkal dan redho yang tinggi bila anak anda dijaga orang lain.

Saranan saya untuk masa depan, agar memastikan kebajikan anak-anak terjaga, pengasuh perlu melalui kursus dan akan diberi sijil latihan dan pengalaman. Ini kerana kebanyakan pengasuh kurang menjaga diet anak-anak dan kesihatan mereka.

One thought on “Taska vs Pengasuh

  1. Info yg bagus..melalui pengalaman sy yg hantar anak kepada pengasuh,sekarang nie harga pengasuh pun dah nak sama macam taska.rm350 utk baby sehingga 3 tahun.dan tak ada dah nak fokus untuk anak2 sebab jaga terlalu ramai.sorang pengasuh jaga baby sampai 5 orang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *