Kurangkan berat badan dalam waktu pantang

When I was married to my husband I was 65kg. I gained weight masa nak kahwin. Haih. Baju yg dh try 3 bln sblm tu dh x berapa muat. Tapi lepas bersalin alhamdulillah dapat cecah angka 52 dan pakai size 8. Memang tak percaya langsung. Even masa anak dara pun tak dapat angka ni. Rahsia kini bukan rahsia. Moga dapat tolong ramai orang jadi sihat dan cergas. You have to know your body well and be disciplined. I’m not a gym junkie so here it goes!

image

1-makan makanan tidak bergoreng langsung. Tiada minyak langsung.  Jenuh bergaduh dengan husband pasal I want it to be kukus-grill-panggang the whole 44 days. Lepas ni mungkin kena invest dengan cooker Phillips. Sebenarnya makan tanpa minyak macam style cina sangat bagus utk elak meroyan. Perut pun lembut je masa gi cek kat klinik. Masa pantang anak pertama mak memang sangat jaga makan sbb nasi panas memang main peranan.
2-amalkan set bersalin nona roguy faithfully. Masa aini pregnant anak ke 2, memang ada water retention. So aini study blog kakbidan and banyak belajar cara berpantang yang betul dari situ. Cara makan. Aturan berpantang, berbengkung dsb. Nona roguy phytonatal memang best sebab digestion lawas. Air akar banyakkan susu and anak pun menyusu kerap.
3-breastfeeding dengan kerap. Inilah sebab utama aini boleh lose weight secara drama. Setiap kali menyusukan anak, memang letih bebeno rasenye sebab 500kCal terbakar. Memang perlukan bantuan suami atau parents.
Kak Bidan Ice pesan kalau berpantang secara natural memang agak lambat turun tapi kesan nya berpanjangan. Ambil masa 40 hari utk pulih. 60 hari berbengkung atau girdle. 100 Hari pantang bersama. Rasa mcm lama. Tapi kalau kena bentan atau bisa urat badan, bukan 100 hari je tp bertahun menderita. Fikir kan lah nak yang mana.

Lepas berpantang buat la kenduri kesyukuran. Tanda syukur Allah bagi kesihatan dan rezeki anak baru. Nasihat orang lama banyak betul nya. dah buat dan percaya.

Ramai wanita di barat menderita akibat prolapse (keluar tombong–sila baca blog kak bidan utk gambar yg lebih ngeri) kerana mereka tak berpantang secara tertib macam wanita asia. Rheumatoid arthritis juga akan dihidapi sewaktu hari tua. Nauzubillah. Niat post ni adalah utk share ilmu dan pengalaman. Kerana apa yg Allah bagi, kita tak boleh kedekut. Kejap je hidup kat dunia ni kan. Masa berlalu begitu pantas. Tup tup dah nak birthday Irfan minggu depan.

Yang baik dtg dr Allah. Yg buruk dr kelemahan sy sendiri. Ingat berpantang kerana Allah

Leave a Reply

Your email address will not be published.