6 Musuh utama ibu menyusu

1- kafein. Segala bentuk kafein samada kopi, teh atau minuman tenaga yang mengandungi bahan kafein akan menyebabkan penurunan penghasilan susu badan secara mendadak. Berlaku pada diri sendiri. Minum campuran kopi kacip fatimah dalam masa 3 hari, dari dapat hasil sebanyak 3 botol terus jadi 1 botol. Sangat jahat kafein ni. Air pearl kacip patimah tu pun mengandungi kafein walaupun bukan kopi. Sila rujuk tin utk kandungan.
2- stress: sebaik saja melangkah semula ke alam pekerjaan, banyak kerja terbengkalai yang perlu dilunaskan akibat pengambilan cuti bersalin selama 60 hari. Oleh itu, kadar stress adalah amat tinggi. Tatkala badan baru hendak sembuh selepas bersalin, stress bekerja akan memburukkan lagi keadaan. Susu badan akan mula berkurangan sekiranya stress ini tidak dapat dikawal. Si suami perlu mainkan peranan untuk mendengar luahan isteri dan berikan hormon oxytocin secukupnya agar kuantiti susu badan dapat ditingkatkan semula.
3- penyakit malas nak perah/pam: tak kira la anda beli breast pump yang seratus atau seribu, tapi kalau malas pam, maka kuranglah susu badan kerana susu dihasilkan atas dasar “demand & supply” (susu badan pun pandai ilmu ekonomi)
4- makanan bergas dan sejuk: kalau boleh ibu menyusu perlu pantang makanan bergas dan sejuk selama 6 bulan agar anak tidak kembung dan ibu takkan berasa “demotivated” untuk menyusukan. Pernah sekali saya tersilap makan tempe, masa tu irfan belum cukup 3 bulan, melalak la dia sampai 3 pagi. Mak bising, kalau tak nak jaga makan, bagi anak minum formula.  Wah, aku memang pantang bagi anak minum formula selagi Allah bagi kudrat dan rezeki susu yang banyak. Lepas tu mula la jaga makan. Kalau nak makan pun try dalam kuantiti yang sangat sedikit supaya irfan dapat biasakan diri and tak la teruk sangat kembung nya (colic). Makan lambat pun tak elok sebab angin dari badan ibu akan transfer ke anak.
5- makanan kurang berkhasiat: kalau ibu kurang jaga pemakanan, kuantiti dan kualiti susu juga turut berkurangan. Apa motif beri anak susu badan kalau bukan kerana khasiat yang tinggi serta bekalan antibodi terbaik?  Bagaimana nak dapatkan yang terbaik kalau raw material untuk penghasilan susu kurang kualiti?
6- minda negatif: segala kata-kata negatif seperti “susu kurang, badan penat, tak larat nak menyusukan” dan sebagainya adalah musuh utama ibu yang menyusu. Penghasilan susu bermula dari niat dan pemikiran ibu. Jika ibu berfikiran positif,  insya allah kualiti susu akan tinggi (Prof Muhaya) disertai dengan zikir “subhanallah dan astaghfirullah”, yakinlah kepada pemberi rezeki (ar-razak) agar susu badan mencukupi.

7 thoughts on “6 Musuh utama ibu menyusu

  1. Assalamu’alaikum Wrmbth

    Terima kasih atas ilmu diatas qalamun. Point point diatas memang menarik perhatian terutama pengaruh kafein dalam penghasilan susu.

    Dari masa kehamilan pun kita tak digalakkan minum kopi dan minuman berkafein lain.

    Sebab hb darah akan menurun. memang antinutrien dan menghalang penyerapan zat.

    Disamping makanana harian saya juga ada mengambil set menyusu shaklee lengkap untuk khasiat dan bekalan badan bagi susu berkualiti.

    Itu pun kurang bermanfaat kalau minum bersama minuman berkafein. Apa lagi berfikir negatif.

    Teruskan berkongsi

    Terima kasih sekali lagi

  2. tapi ramai kata minum kopi banyakkan susu..saya agak confuse..tapi memang saya pun nak cuba2 minum kopi asli kapal api…selain bagi byk susu, ia juga bg saya celik mata..esp tgh pantang ni….memang tak cukup tdo

  3. tapi betul kata sis mazni…walaupun saya minum kopi rasa celik mata, tapi badan jadi menggigil sikit kalau lambat makan nasi..mungkin ke sebab HB menurun spt dikatakan?

Leave a Reply

Your email address will not be published.