Ahad lalu, saya dan suami menghadiri ISAC 2012 yang dianjurkan oleh ISMA julung kalinya. Oleh kerana menyedari ilmu parenting yang ada di dada ini amat cetek dan baru benar kami menempuhi fasa pertama sebagai ayah dan ibu, maka saya sebolehnya ingin menyediakan pelan yang terbaik bagi anak-anak sebelum mereka meningkat dewasa. Kita telah maklum bahawa terlalu banyak gejala negatif yang menukar di kalangan remaja melayu islam kala ini.
Sebenarnya saya sendiri tersentak kerana melihat perkembangan anak saya yang begitu drastik dan pantas. Sekejap saja dah pandai macam-macam. Belum lagi 2 tahun. Dah nak dapat adik baru pula tu. Apa yang dilihat, itu yang dibuat. Oleh itu hati ini terpanggil untuk belajar menjadi ibu bapa yang cemerlang dunia akhirat.
Saya ingin belajar melalui panelis yang tersohor yang telah dijemput oleh ISMA Johor. Salah seorang penceramah yang saya kagumi sejak dari dulu lagi ialah Ir Ahmad Jais, mantan pengarah radio IKIM.fm yang juga merupakan seorang engineer, saintis, pelajar Bahasa Arab di INSTAC,pelajar PHD dan seorang bapa kepada anak-anak yang cemerlang. Anak kedua beliau mencatat rekod akademik terbaik SPM dalam negara. Rahsianya, tiada TV di rumah. Dari buku terlaris Dr. John Medina pun kata television will not help to develop baby’s brain. Ada sesiapa nak beli LCD flat screen TV saya 32″ yang baru berusia 2 bulan?
Kemudian, Prof. Dr. Zainur Rashid, seorang pakar obstetrik dan ginekologi yang menceritakan bahawa beliau telah menggunakan kereta 2nd hand selama 15 tahun dari mula berkhidmat sebagai seorang doktor. Tahun ini masuk tahun ke 3 beliau pakai kereta 1st hand. Segala rezeki Allah, disalurkan kepada pemakanan dan pendidikan terbaik untuk anak-anak. Beliau juga ada merakam beberapa keping gambar keluarganya yang sedang mengikuti usrah, rehlah, solat jemaah dan aktiviti keluarga. As a woman, of course laa aku nak tengok rumah Prof Dr macam mana kan. Terkejut juga bila tengok simple saja deko rumahnya. Tapi anak-anaknya, masha Allah, hebat! Ada yang nak pergi oversea dan sebagainya (6 orang anak ye… dari seorang isteri yang juga seorang doktor) Beliau berpesan “Sesibuk mana pun saya, setahun mesti saya spend 2-3 kali untuk pergi rehlah bawak anak-anak makan angin”. Itu pesan doktor yang sibuk. Bukan saja sibuk dengan kerja sebagai seorang doktor, tapi seorang aktivis Aman Palestin dan permanent speaker untuk ISMA. Subhanallah.
Tidak lupa juga pengalaman yang diceritakan oleh Puan Siti Aisyah Abdul Hamid, merupakan seorang kaunselor, ibu kepada 6 orang anak. Beliau menceritakan pengalaman membesarkan anak yang pelbagai ragam dan karenah sewaktu usia remaja. Tergelak mendengar ceritanya yang menggalakkan anaknya berkahwin awal sewaktu menuntut.
Mudahan Allah mudahkan urusan kami berdua mendidik anak-anak menuju ke syurga yang diredhoi nya.
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. ” (at-Tahrim, 66:6)
Siapa sayang anak bini, jangan biarkan mereka masuk neraka y’all.