Air yang bersih

Sepatutnya post ni diterbitkan pada 15 Oktober. Namun sebab banyak hal sekolah belum sempat siap, maka bila pulang lambat, lepak lalu tiada kesempatan berblog.

Air, anugerah tuhan yang tidak ternilai. Bagaimana kita nak berwuduk kalau tiada air?

Setiap hari kena minum air. Kalau tidak. tak boleh survive. Nanti badan tak boleh nak keluarkan (detox) segala chemical yg kita sedut/ makan setiap hari. Kalau kita jarang detox dengan air, nanti pelbagai penyakit akan menimpa.

Saya tengok budak-budak sekolah cina selalu bawak botol mineral 1.5 liter ke sekolah. Bila aku nasihatkan murid-murid aku, mereka kata “malulah cikgu”.

Selangor berikan bekalan air bersih percuma.

Air adalah isu semua. Kesihatan, agama, pendidikan, politik dan sosial. Air adalah isu peperangan. Barangsiapa siapa yang mengawal bekalan air, maka dialah pemenang. Siapa yang berjaya meracun sumber air musuh, akan menang juga.

Dikatakan, sekiranya kita tidak beringat, krisis air akan berlaku pada 2012.

Tak usah mendongak ke langit bermimpi untuk terbang andai bumi yang dipijak tidak terjaga. Tak perlu saya ulas tentang bekalan air bersih di negara lain sekiranya kita masih tidak mampu menjaga bekalan air bersih di negara kita.

Bersihkan sungai, bersihkan lautan, amalkan ketelusan.

Air untuk kehidupan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.