Sedap baa…

  • Semalam kami meronda pasar malam di Sabah. Husband cari seluar, aku pula belikan anak saudara gelang mutiara. Comel sangat. Sesuai untuk baby. RM3 saja. Omar jumpa set jewellery untuk mak dia. Rantai labuh, bracelet, kerongsang kecil dan besar, cincin, semuanya RM45. Siap bagi free gift (kerongsang) lagi. Kedai makcik tu dekat area public toilet. Sebelah la. Bukan dekat sangat. Tak berbau pun. Memang best la makcik tu. Yang lain semua takmau turun dari RM55. Yang ni dia siap bagi pilihan mix and match lagi. Bagus betul. Mudahan murah rezeki dia lepas ni.
  • Kemudian (lepas penat meronda) kami makan di pasar ikan bakar(belakang pasar Filipina). Kebetulan masa kami datang, tiba² black out. Makan candle light dinner la kami sementara tunggu elektrik pulih. Hehe. Romantik juga. Seronok sangat makan di situ kerana orangnya (Filipina) ramah-ramah. Pandai cakap melayu. Meriah suasananya. Ramai pelancong tempatan dan asing datang makan di situ. Harga pun tak mahal. And that was my first time eating latuk. Sejenis rumpai laut yang enak dimakan bersama ikan bakar dan nasi. Cicah air asam/ sambal memang power. Husband memang teringin nak bawak balik rumpai tu (pada hari akhir) tapi malangnya ia dijual di awal pagi. Pukul 6 pagi. Katanya nanti kalau dijual tengahari, ia akan lembik. That thing memang kena makan rangup².
  • taken from http://2.bp.blogspot.com/

    I miss the great and cheap food. Sedap tapi murah. Berbaloi-baloi. Try la latuk ni kalau pergi ke Sabah.

  • Untuk ganti latuk, suami beli seaweed kuning. Mula-mula kami jumpa sambalnya dalam peket kecil (RM1). Lepas itu terjumpa pula yang dijual dalam bentuk kering. Orang yang jual tu beritahu boleh buat kerabu. Resepinya limau, sambal, garam sedikit, kemudian tambah la apa yang patut. Kami makan sambal tu dalam plane. Dengan vegeterian Sezchuan rice. Kombinasi yang sedap. Manis dan pedas. Rangup-rangup kenyal. Yum!
  • Sekejap sahaja percutian kali ini. Tak sempat nak try semua benda. Tamu hari Ahad yang special sebenarnya. Insya Allah ada masa lagi, ada rezeki, pergi lagi. Aku menunggu bila waktunya suamiku nak ajak berjalan lagi. Mudahan kerja-kerja dia dimudahkan selepas ini. Akhir kata, makanan sabah sedap baa…

5 thoughts on “Sedap baa…

  1. koko: baru nk bjalan setelah 3 bulan we get married.
    nozi: best2, mkn dgn ikan bakar cicah air asam.
    rasso: apa baa~~kawan i yg br deliver baby pun i x sempat nk lawat. i pegi 2 mlm je. itu pun this holiday tak blk perak.
    black_rabbit:along nak lattu fresh baa…lembik2 nda mau. org jepun mkn seaweed, kita mkn lattu kan bhai?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *