Seusai solat fardhu dan menunggu jemaah bersurai, aku berada di kawasan karpet merah dan di depanku, ada jemaah beragama lain turut selesai menunaikan ibadah mereka.Keadaan di masjid ketika itu agak sibuk namun tidak huru-hara seperti hari dilanda tentera rejim Zionis.
Aku melihat dengan penuh takjub.
“Alangkah baiknya jika sekiranya mereka sedar bahawa Islam adalah agama yang mulia”
Aku menunggu jemaah lain menyusut keluar dari lingkungan karpet merah kerana kami dibelenggu dengan pagar kayu yang berukir (seperti di dalam mahkamah).
Tiba-tiba ulama’ muktabar Yahudi menghalau kami dengan menjerit-jerit; “Pergi kamu ke kawasan sana! Ini bukan kawasan kamu!”
Aku terkasima dan hampir menangis kerana mereka bersenjatakan teknoloji ketenteraan terkini.Kami dibawa ke satu kawasan seperti kandang pesalah di mahkamah. Kurang luas dari kawasan sebelumnya. Apabila kumasuki ruang tersebut, kudapati karpet disimbahi kotoran yang berasal entah dari mana, juga beberapa kesan tompokan darah. Aku hendak duduk, tapi takut dan geli. Aku sedih mengenangkan kami dihalau dari kawasan kami.
Air mataku bergelinangan apabila suamiku mengejutkan aku bangun. Dadaku sebak. Kuceritakan kepadanya. Pada dia mimpiku tidak bermakna. Tetapi aku masih teringat sehingga sekarang. Terasa berada di bumi Palestin ketika itu.
Apakah makna di sebalik mimpi ini?
..wow.. is it your true dream?
it is a dream but it seemd so real and gave me a deep impact.
Ooo !!