Pre-raya post

[Malay language entry]

Ramadhan kian usai. Blog ini akan bercuti buat sementara waktu. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat pembaca blog ini dan semua yang mengenali diri ini. Segala kesilapan bahasa, tutur bicara, harap dapat dimaafkan. Saya adalah hamba yang penuh khilaf dan kelemahan. Yang tak pernah lepas dari melakukan kesilapan. Andai terlajak bicara, terkasar bahasa, ada entri yang tak enak dibaca, segalanya datang dari kesalahan saya jua. Hamba yang hina.

Terima kasih buat bloggers yang rajin menulis entri yang menyentuh jiwa saya tiap kali membacanya. Walaupun tiada masa untuk menitip di ruang komen, ketahuilah bahawa saya pembaca setia anda. Mudahan Allah akan memberi kalian semangat untuk menulis. Mudahan ilham yang Allah berikan dapat dirasai bersama.

Terima kasih jua buat silent readers yang tak jemu mengungi blog ini (melalui IP address anda yang berjaya direkodkan. Yeay!) walau tiada apa yang dapat saya beri melalui tulisan saya. Sedikit sebanyak pengalaman yang ditimba, akan saya cuba kongsi bersama. Terima kasih atas kunjungan dan sokongan kalian.

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin!

1 thought on “Pre-raya post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *