Musim buah

Durian merupakan buah eksotik yang sukar ditafsirkan kesedapannya. Baunya dikatakan harum dan menyesakkan hidung. Ada yang sedap, manis dan berlemak. Ada yang sedap dibuat tempoyak. Pergh! Pendek kata, durian memang raja buah. Lantak la lepas makan badan akan rasa panas ke hape. Hatta orang sanggup balik kampung sebab nak makan durian (balik tak iklas~). Durian ini nikmat tuhan yang tak dapat diungkapkan kesedapannya.

Photobucket
Jadi dengan ini saya ingin berkongsi ramuan pulut durian kegemaran saya.

Memula sediakan pulut, santan, durian dan nafsu gelojak asmara terhadap durian.

Kemudian dengan jari anda sendiri (yang bersih la!), perisi (fillet) durian itu, dengan rasa penuh kasih sayang, tanpa mahu sebarang isi durian melekat pada bijinya. Jika ia durian yang cantik dan sedap, anda akan dapat lihat bijinya boleh reflect cahaya. Haha.

Kemudian melantaklah mengikut nafsu anda. Anda akan tersenyum lebar dan berasa gembira.
Photobucket

One thought on “Musim buah

  1. sy sangat suka cara anda mengungkapkan kesedapan durian itu.. mat saleh kata durian ni.. ‘smells like hell but tastes like heaven’.. tp sy rs bau dan rasa kedua2nya syurga . arhhh~ nak makan durian pancake + duren duren big apple donut at Mid V!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *