No shopping day

Seorang guru menyebarkan risalah dari fomca dan cuepacs, kempen tidak berbelanja pada 16 julai. Shall we make a difference? Yes, of course. By doing that, we can show consumer’s power and indirectly affect nation’s economy.

“Inilah masanya pengguna memikirkan semula pola perbelanjaan mereka, termasuk mengenal pasti sama ada terlalu banyak wang dibelanjakan bagi menikmati keperluan atau memenuhi kemahuan mereka,” (Presiden FOMCA, Dato’ N Marimuthu)

Baru je lepas tengok anwar punya debat dengan ahmad shabery, pasal harga minyak. Jadi, semangat berkobar untuk membangunkan ekonomi malaysia (bole ke bertahan semangat nie?). tapi ye, seluruh dunia sedang berjaga-jaga dengan ekonomi. takkan aku tak nak? walaupun tak layak naik atas pentas berucap dan menjadi politikus, tapi sebagai rakyat yang memegang power in the so-called democratic country, that is the least that i can do. oh ye, before i forget, tahniah kpd DSAI kerana berjaya menyampaikan hujah dengan baik dan berada dalam keadaan tenang (selalunya DSAI berucap dengan berapi). quotation yang paling menyentap sekali:

harga minyak iran murah, inflasi naik. harga minyak venezuela murah, inflasi naik. kita ni harga minyak naik, inflasi LAGI NAIK!!

amek kau. kalau tak letak jawatan, tak tau la. bagus juga event macam ni. debat ini berfungsi untuk menyangkal kritikan terhadap kerajaan PL yang tidak mengamalkan keterbukaan media. Komen anwar boleh dibaca di blog peribadi beliau.

oh ye, back to the title. sahutlah cabaran fomca dan cuepacs. kita boleh membaiki keadaan ekonomi negara. sehari je. tak lama. bawa la bekal. henbeg ke baju, beli kemudian. kita cuba. kita tolong ekonomi negara. kita tolong diri kita sendiri agar jangan tergolong sebagai ‘mubazzirin’ (hadis: innal mubazzirina kanu ikhwanus shayatin).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *