4 thoughts on “Puisi: Duniawi

  1. Dunia ini
    pentas lakon layar
    sebuah episod drama
    ada duka
    ada lara
    ada gembira
    juga nestapa

    dunia ini
    usah dikejar yang sementara
    jangan terperdaya segala fantamorgana
    hanyut leka dibuai pementasan dunia
    hingga tiba Izrail menyapa
    baru teringat dunia sana

    dunia ini
    dalamnya penuh hedonisma
    jangan sekali menjadi mangsa
    kelak akhirat menanggung seksa
    azab pedih tiada terhingga

    respons serta merta dari ilham di atas

  2. dunia ini indah,
    pada yg mudah lupa
    akan jerihnya mahsyar

    dunia ini syurga
    pada mereka yg lupa
    akan seksanya neraka

    dunia ini luas
    pada mereka yg lupa
    akan sempitnya liang lahad

    dunia ini hanya persinggahan
    bagi musafir perantau syurga
    yang merodak belukar nafsu
    yang melangkau perangkap syaitan

    yang menanti kemanisan telaga Kausar~

    =)

    sebukla kan nak berpuisi gak kat sini.
    segan puisiku tak best. hahahah

    Life is a stage, akhirat is the reality.

    =)

Leave a Reply

Your email address will not be published.