Ramadhan XXII

shahrul mubarokah datang lagi

ramai menanti

ada juga yang gusar hati

Ramadhan ini senggang masa yang dicari

Ramadhan ini makanan apa yang menanti

andai aku punya sisa nyawa

andai aku punya peluang kedua

biarkan aku hidup dalam Ramadhan sementara cuma

menjalani siang

menanti malam

leraikanlah aku dari nafsu

jauhkanlah aku dari belenggu

dekatkanlah aku dengan rahmatMu

kasihilah aku dengan rahmanMu

dan kemudian ambillah aku

kerana aku mahu menumpang sekejap cuma

kerana aku insan yang hina

Plymouth, 10 September 2007.

5 thoughts on “Ramadhan XXII

Leave a Reply

Your email address will not be published.