Sape sempat tengok cerita ni angkat tangan! Sorry la sape2 yg tak dapat tv3 kat tempat nya. Movie macam ni jarang keluar. Erk, ke aku sorang je yang jarang tengok TV? Simple namun punya mesej yang kuat. Sekarang ni di Malaysia musim realiti TV. Mungkin kerana dah bersepah realitivi TV, mungkin kerana terlalu banyak hiburan, sampai mulut manusia Malaysia dah muntah dek hiburan yang terlalu banyak. Mungkin ya. Tapi nampak gayanya, masih ada manusia yang mahu menjadi hamba realiti TV. Menderma SMS dan jiwa-raga-tenaga-masa mereka kepada badan yang tidak berhak itu sudah pasti. Hedonisme yang kuat. Kalah Australia dan UK. Pergh. We are more British than the British. OK enough of that let us read the synopsis and I insert here and there some review or commentary.
Drama ini adalah arahan Jurey Rosli. Watak utama dilakonkan oleh muka baru, Wan Ellyas. Handsome juga dia ni. Jadi pengacara untuk satu rancangan ala² Jalan² Cari makan. Rambut kerinting (‘Ainur kawan saya suka guys with curly hair). Watak bapa yang garang dan sekular oleh Datuk Tarmimi Siregar. Ibu yang berambut perang tapi baik hati dilakonkan oleh Azizah Mahzan, dan akhir sekali yang utama, Hishamudin Ahmad Tajudin. Mengisahkan seorang anak orang Melayu yang kaya, Danny, yang baru balik seusai pengajian dari London. Danny cuba mencari ketenangan hati apabila mendapati dirinya berasa tidak tenang tatkala berada di kelab malam dengan irama techno yang “dup dap dup dap” (serabut laa tuh~). Danny turut bertemu arwah datuknya di dalam mimpi. Fikirnya, datuknya cuba menakutkannya. Rupanya cuma mahu mengingatkan. Bertemu pula dengan seorang Ustadz (Hishamudin Ahmad Tajudin), beliau cuba belajar mengaji, solat dan sebagainya.
Dialog Danny dan Ustadz:
Danny: Ustadz, yang mana penting. Akhirat ke dunia?
Ustadz: Akhirat la yang penting. Dunia ni sekejap saja. Akhirat untuk selama-lamanya.
Tambah aku, memang kita sekarang nampak dunia saja. Kerana kita berada di dunia. Kita nampak habuan dunia di depan mata kita. Sebab itu tak ramai yang mahu menuju akhirat. Memang kita mengaku ada syurga dan neraka. Namun berapa ramaikah antara kita yang takut akan azab neraka? Berapa ramaikah antara kita, bila nak masuk club, terbayang azab api neraka? Berapa ramai antara kita, bila tanda tangan borang kelulusan lesen minuman keras, nampak api yang menjulang dan malaikat yang garang? Berapa ramai?
Ok. So, Danny belajar deen, atau agama la di sini maksud saya. Belajar solat, mengaji, juga mengenal hakikat ketuhanan. Satu hari, ayah Danny, Datuk Mansor (Tarmimi Siregar) menghendap Danny di rumah ustadz. Ayahnya nampak Danny masuk ke rumah ustadz. Dia membuat teori anaknya itu mahu menjadi ekstrim. Sampai sahaj Danny di rumah, dia menegur Mama dan Papanya.
Danny: Eh, mama dan papa nak ke mana?
Papa/Dato’ Mansur: Mama dan papa nak pergi ke luar. Ada function sikit.
Danny: Eh, takkan nak keluar sekarang kot?
Papa: Kenapa?
Danny: Kan sekarang dah nak masuk waktu Maghrib.
Papa: Don’t try to teach me!
Dah jadi macam tu, papa Danny tidak memberi kebenaran untuk keluar rumah. Ustadz dia pun dok tunggu la, mana la murid dia ni nak mai ngaji. Rupanya Danny di grounded macam ground nut. Kesian~
Then masuk scene lain, Danny nak menghadiahkan ayah dia sesuatu untuk hari bapa. Beberapa minit pengarah membazir filem, menayangkan Danny pergi dari sebuah kedai ke sebuah kedai untuk mencari sehelai sejadah. Adeh. Kan bagus kalau dia dapat selitkan dialog bermutu dari membazir filem macam tu saja. Tapi takpe, mungkin pengarah cuba tunjukkan kesusahan Danny mencari sejadah di kedai sekarang ni. Mungkin ya.
Then, Danny ni bungkus la dengan cantiknya. Pergi menghadap ayahanda yang sedang bermain piano di ruang tamu. mula-mula, ayahnya bermuka seronok kerana mendapat hadiah untuk hari bapa. Bungkusannya juga menarik. Namun sebaik sahaja dia melihat isi nya, terus dilemparkannya. Danny berasa sedih. Diambilnya kembali bungkusan hadiah yang mengandungi sejadah cantik itu. Sekonyong-konyong datanglah Mama Danny bertanyakan apa yang terjadi.
Mama: What’s that Danny? Is that for Papa? (looking at Papa)
Mama: (Mama was opening the present, her face changes, then swapping glance with Papa) That’s nice of you…
Dan Danny berlalu pergi membawa hati yang kecil. Cuba berdakwah (mengajak) Papanya ke arah kebaikan, namun diperlekehkan pula.. (Ya…dakwah kita di reject itu sunnatullah. Apa yang berlaku pada Rasulullah adalah lebih teruk dari pengalaman kita). Mama berbincang dengan Papa.
Mama: We try to give them every thing in this world, tapi kita lupa nak bagi anak-anak kita pelajaran agama.
Papa buat dek je. Yelah. Satu kerana ego. Dua kerana hati sudah biasa dengan cara hidup yang jauh dari tuhan. Sunnatullah lagi. The same thing happened to prophet Abraham. Ingat lagi tak kisah tu? Kalau tak, sila rujuk naqib, naqibah atau ustaz dan ustazah anda. Kene pergi mencari sikit lah ye.
OK, lupa lak nak cerita lagi satu watak yang beberapa kali muncul. Adik Danny. Nama apa entah. Budak perempuan, umur dalam darjah satu, dua begitu la. Comel juga. Kisahnya, dia bawak la buku J-Qaf kat ayah dia. Obviously ayah dia yg so-called modern ni tak tahu. Nak tahu ayah dia kata apa?
“Isk ape lah kamu ni. Itu pun tak reti. Dah la. Pergi naik atas”.
LOL. Kesian anak dia muka sedih. Comel lak tu anak dia. Ahahah. Baik punya cover ek.
Then iklan bla3. Satu hari papa said to Danny, Danny tak boleh lagi pergi ke rumah ustadz. Danny akan dihantar ke London semula. Sembang² seorang mak dan anak:
Anak: Elok la kene hantar semula ke London. Sana lagi best.
Mak: A ah. Sana lagi bagus, banyak ustadz. Lagi banyak belajar.
Then, ditakdirkan, suatu hari, Papa mengalami tekanan jiwa yang dasyat. papa terbayang scene construction worker dia yang mati terjatuh dari incomplete building. Darah keluar dari hidung dan belakang kepala. Uish. Ngeri. Then papa buang tabiat. Tak pernah2 dia drive, tiba-tiba dia mintak kunci kereta dari driver dia. Papa memandu tanpa arah tujuan. Tiba-tiba berhenti di tepi jalan. Papa teringat lagi bayangan worker dia yang mati terjatuh dari bangunan tinggi. Papa susah hati. Papa pegang kepala. Papa pegang dada. Mengurut dada yang senak. Cuba mencapai pil dalam poket seluar. Dah keluarkan dah botolnya. Papa cuba pegang tapi tak boleh. Tangan Papa memegang dada dan menarik baju dengan kuat. Ubat terlepas dari tangan, jatuh ke jalan raya. Papa dapat merasakan nyawa papa mungkin akan berakhir di situ saja. pandangan papa makin kelam, dada semakin sakit. Tapi tidak Papa. I know you’re not going to finish your life just like that. Because I glanced at my house’s clock, there are more than 30 minutes left for cerekarama.
I am right. heheh. Papa was sent to Pusrawi. Danny and Aisyah (Ustadh’s daughter) visited him. Mama tak dapat datang sebab mama ada seminar di kedah. Kot ye pun balik la mama. papa masuk ICU tuh. ewah. then balik saja danny dan aisyah, doktor datang dengan jururawat. papa tanya, siapa yang bawak dia ke hospital. doktor cakap. entah la. saya pun tak kenal. tapi orang kata ada sorang ustaz tuh bawak encik ke sini. iam papa berfikir. membayangkan muka orang yang menolongnya, tapi bayangan tu tak jelas.
Then Papa had a deep thought. Serious thought. Papa wants to change. Learning about religion is not an option. It is not extreme. Papa asked for forgiveness from his only son. But his son said.
“Papa tak patut minta maaf pada Danny. Papa patut mintak maaf kepada tuhan yang satu. Sekurang-kurangnya kita masih ada ustaz untuk belajar”.
Mama pun angguk tanda setuju. Mereka berempat menaiki BMW series 5 ke perkarangan ustaz yang berlatarbelakangkan KLCC. Bayangan rumah ustaz dan KLCC macam langit dengan bumi. Eh, orang Petronas juga ada yang mengajak orang buat kebaikan ape.
Sampainya Danny ke rumah ustadz, Danny melompar keluar dari badan kereta dan mencium tangan ustaz. papa ternampak muka ustadz. papa masih berada dalam perut kereta. papa flashback hari semasa papa pengsan di tepi jalan raya. papa cuba ingat. papa keluar dari perut kereta. komen: apa ko nih aini, kejap guna badan, kejap guna perut. aini: mana² jelah janji sama maksud… terus papa bersalam dan peluk badan ustaz yang kurus dua kali ganda dari badan papa. erat dan kejap. mama dalam kereta, kehairanan. papa tergelak dalam keadaan terharu. Mama dan adik keluar juga. mama salam aisyah (tahu pulak hukum takleh salam ngan ustadz ek.). adik pun salam ustaz dan aisyah.
kamera pan ke atas, perlahan-lahan, menampakkan mercu tanda KLCC dan pencakar langit sekitarnya, kemudian separuh gambar ibu kota, separuh langit. THE END.
Komen aku: kalau kita mahukan keamanan dan kemerdekaan (dari belenggu syaitan), kita perlu cari sendiri. Wallahu’alam.
at least TV3 aired something meaningful to the society. Maybe there is less broadcasting on ‘tv drama’ that conveys the message of Islam as the way of life. But hopefully there’ll be more effort by those in the Media line to produce more drama like such. Ppl usually opt for something lighter. Not many love to watch yg heavy2 mcm documentary sume tuh. so, btulla drama kat cerekarama pun suatu medium yg bagus.
I like the story. Tapi I almost thought the plot wud be, Danny will be sent back to London and he join the usrah there ;P
-p/s: I miss u
hehehe.. balik mesia terus tengok cerekarama ek? No more eastenders, casualty, hollyoaks bla bla bla hahahaha.
Mesej memang bagus tapi jalan cerita mesti cliche. Benda yang sama diulang-ulang, macam tak ada challenge tengok drama Melayu sekarang ni. Stereotyping tu banyak sangat. AND kenapa kalau orang-orang kaya tu anak-anak dorang mesti di hantar ke LONDON hahaha? Nampak gaya orang Malaysia cuma kenal London jer dari tempat2 lain :p
Huhuhu tak ske tgk cerekarama… cerita selalu sedih… Hummm… cuba cari cerita Wali… Petang semalam tgk… sedih ceritanya…. Ahmad Tarmimi Serigar jadi pondan…
Dear Blogger,
I came across your website as I am looking for a free online translation software to convert from English to BM. As you informed us reader, the software’s name is something like Al-Yassir and that it’s about 60 MB big. Please confirm whether this is correct or not and whether this software exists as it would greatly make my life easier.
Thanks & regards,
Phubalan
P.S: you can also contact me via [email protected]
Dear Balan,
Yes, it exists. The e-dictionary is named Al-Yassir and helps you to translater from BM to English, especially science and technology terms. For this time being, I could not upload it as I am using different computer. Once, a person contacted me to send via email but failed as it is an extension file. I tried to find the source where I downloaded it for the first time but failed. Hope I have helped you although I didn’t do so much.
Cheers!
Salam aini..
ingat lg anis neh? hehe
anis br tgk cite tue subuh tadi..kt utube je..xsempat nak blik umah 😀
cite die mmg bagus..ade isi..xsangka aini rajen lak ngulas 1 1 cite die tue..tahniah aini..ingat semua tue..
semuga kt semua mendapat iktibar dr cite yang best nie..
hehe, cool ek? cool la jugak kan?
tp cam part bile hero tuh cakap sal rindu2 kat anak ustaz tuh, kitorg yg tgk nih macam..aiseh mamat nih, salah niat lak. adehla.
tp, overall best gak la. banding chenta2, student life ka, gaduh2 ka. bagus gak la cite camnih. huhu
btw, salam perkenalan. cool blog. 🙂