Belasungkawa

Saat menulis artikel ini tangan masih terketar-ketar kerana demam yang berlarutan sejak 3 hari lalu…..rasanya belum terlambat untuk menyatakan simpati ini…dalam sedang diuji Yang Esa dengan kifarah yg meringankan dosa tetiba plak diberitakan kematian seorang kwn yg terasa bagai hanya sedetik dapat bersama dalam hari-hari untuk mendewasa….waktu usia yg masih muda beliau pergi meninggalkan lain-lain kawan untuk terus diuji tuhan…tak ada apalagi nak diungkap dari cerita sedih ini…

Ya Allah…kalau Engkau takdirkan aku pada kemudian hari menjadi pejuang pada umat ini dan pengamal agama Mu maka Engkau panjangkanlah usiaku….tetapi jika Engkau takdirkanlah pada kemudian hari nanti akulah yg menghancurkan dan menentang agama Mu maka matikanlah aku lebih awal dari itu…sesungguhnya aku hamba Mu yg lemah lagi takut dengan azab Mu…amin

Kepada Raja Nurshatul Zarith (1-3 Khaldun 1998-2000) semoga Allah melimpahi rahmatNya padamu….Al-Fatihah

One thought on “Belasungkawa

  1. terima kasih nuaiem kerana sudi menulis walaupun dalam keadaan kurang sihat. sabarlah, kerana sakit itu adalah kifarah, dan dengan bersabar, semoga pahala kita dapat mendahului dosa-dosa kamu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *