Tertinggal anak dalam kereta

Kalau dah jadi independent parent mcm aku yg ada baby dan toddler, nak beli barang dalam 5 minit, tinggal kejap anak dalam kereta dengan tingkap buka sikit. Tapi jangan turn on engine. Lepas tu lock.

Bacalah bismillahi tawakkaltu alallah. Bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi shai’un fil ardhi wa la fis sama’i wa huwas sami’ul alim.

Doa mintak jauhkan bala. Bergantunglah pada Allah. Hari tu last aku bawak bebudak ni ke kedai. Alahai. Bakery SDS tepi rumah je. Dah la manusia ramai tgh makan kat kafe.  Dah tak masal aku glam kejap. Si Fahmi sentap takmau balik. Masa amek dia tu tgh tidur. Sleep deprived jugak la. Konfem la meragam. Aku tgh gendong Irfan. Dengan beg plastik beso. Boleh pulak dia tak nak balik  aduhaiii!! Staff kafe tu kesian jugak tgk aku unable to carry fahmi dengan excess baggage. Allahu akbar. Nak kejar solat masa tu. Hadoi la anakku. Dah xde idea cemana nak ajak dia balik. Aku tinggal jap. Letak irfan dalam kereta.  Sorang staff tolong hantarkan fahmi yang tgh merajuk. (Rasanya dia nak makan kat kafe tu. Mak tak mampu nak! ) taubat sebulan tak jejak kafe tu. Malu punya pasal. Seb baik tak mengidam.

So you see. Kekadang I have no choice.  I do all the shopping atau any work before picking them up at taska. Sian budak jadi mangsa. Mak budak yang tinggal anak dalam kereta bukan minta anak dia mati. Atau bunuh anak. Memang ada forgotten child syndrome. Minta dijauhkan la. Harapnya mak Nawal Iris tabah menghadapi ujian ni. Anak hanyalah pinjaman yang perlu dipulangkan semula bila tiba masanya. Wassalam.

image

Leave a Reply

Your email address will not be published.