Bengkung tradisional vs bengkung zigzag moden

Ramai cikgu tanjung puteri mengandung. Tiap2 tahun ada la 4-5 org pregnant. Tahun 2012 la paling ramai sekali. Sampai doktor di klinik kesihatan Larkin tu tegur “tak apa ke ramai-ramai cikgu mengandung satu sekolah?” (Pasal cikgu2 ni check up dgn dia) I told her “hehe. Nak buat mcm mana. Rezeki.  Guru besar la pening kena cari guru ganti”

Jadi bila mak-mak ni berkumpul bersembang lepas habis kelas, maka mula la keluar soalan cepu mas bab berpantang. Ramai la yang tanya, bengkung mana yang bagus. Ada lah cikgu2 ni buat research di Internet tapi x banyak membantu. Semua pakat nak jual produk masing-masing. So I am called to blog about this memandangkan I have used several types of bengkung. Hihi.

image

1- bengkung moden zigzag: I bought this online masa dalam pantang. Masa tu tak sempat balik Manjung ambil bengkung. Ni jenama Sendayu Tinggi. Harga kurang lebih rm40. Kebanyakan bengkung yang dijual online fesyen mcm ni. Ikat macam silangkan tali kasut. Nak g bilik air xde la senang sangat. Pun tak susah sangat. Tapi yang tak gemor pasal bengkung ni ialah tak ketat, dalam sejam dah longgar balik. Tak rasa tulang pinggul tu di rapat. Apa motif pakai bengkung kalau takleh bagi rapat semula yang dah kembang?

2- bengkung tradisional
image

Bengkung ni mula pakai time beranak sulung. Memang ramai kata leceh la. Gatal la. Tapi bila dh pakai bengkung zigzag dgn korset premium beautiful. Bengkung ni juga yg menang. Diperbuat dari kain belacu. Ada yang panjangnya mencapai 11 meter, bergantung kepada ketinggian pemakai. Kalau yang dalam gambar ni, upah tailor cina di pekan khamis kg. Koh Sitiawan. Dia buat dua lapis. Insya Allah la boleh pass pada anak menantu. Memang tahan lama kalau dijaga elok.

Jadi keputusan nya, saya dah bertanya beberapa orang cikgu, memang semua vote bengkung tradisi. Yang lama tapi elok apa salahnya amalkan. Untuk kesihatan badan kita dan kesedapan mata cik abang. Hehe.

3 thoughts on “Bengkung tradisional vs bengkung zigzag moden

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *