Penatnya keje kawen

Firstly, terima kasih kepada sahabat2 dunia akhirat  yang sudi menghadiri majlis pernikahan. Tq babes for helping me with the kerepek packaging. Cepat gle korang wat keje. Nisa, Mass, Nisha, Anas and Syafique, I owe you guys a lot.

Thank you to Norlis Enterprise kerana tolong sapkan pelamin dari pukul 12 tgh malam sampai 430 pagi. Hasilnya memang meletupz! You guys had made my garden wedding dream come true. Sesape nak kawen lepas ni leh amek dengan dia. Keje cantik. Mekap mmg xyah nk pertikaikan lagi. Baju baju dia, ya allah lawanya. Kalau boleh nak pinjam seminggu lebih tapi, I can’t be selfish la kan. Sekarang kan musim kawen. Akasyah kawan aku masa sekolah rendah dulu pun nak kawen jugak lepas aku, pakai baju yang sama. Snenag tau dengan Kak Norlis ni. Kalau nak tukar last minit pun dia leh tlg alter lg. Tak kuat membebel macam mak andam lain. Kalau amek dengan Izan Wedding Planner, sombong sket. Mahal lebih lak tu. Ngan kak Norlis ni walaupun keje dia cantik, certain pelanggan dia ada yg datang dari KL, anak somebody important la, tapi dia tetap layan semua fair and square.

Terima kasih juga kepada Nazim Catering yang menyediakan makanan yang sangat sedap dan murah. Baby pun suka bubur kacang dia. Mak aku siap nk bayar lebih kat dia. Memang berbaloi baloi.

Terima kasih kepada yang sudi bagi hadiah, yang datang dari jauh. Yang aku nampak from afar were Jaime, Fatin, Dayah Zaba, Kak eQin+Abg Wan, sOYA+Najib,  Hani Iryani and Intan. Oh ye, Cinot juga. Datang time kteorg dah bungkus. Dengan Wazi Abd Hamid laktu. Seb bek sempat datang last minit. Haha. Yang tak nampak tu mintak maaf sangat2. Sedara mara yang dah lama tak jumpa pun datang jugak. Terima kasih banyak2. Rezeki Allah juga kita dapat bertemu sementara umur masih ada.

Tidak lupa juga kepada yang tolong hangkut dan kemas dewan. Cikgu Meor yang menyediakan alas meja dan setting makan beradab memang best. Warna pink dia memang cantik.

Akhir sekali, orang-orang yang paling saya sayangi dalam hidup saya sejak dari lahir lagi. Mak saya, ayah saya (yang telah menikahkan saya dengan sekali lafaz), Cuaie, Pak Uda Badrin, Aco Min, Uda Yati, Opah Mah, Adik Hakim, Fitri, Adik Rap dan keluarga terdekat yang telah datang menolong kami untuk persiapan perkahwinan. Hanya Allah saja yang mampu membalas jasa kalian. Ambil cuti untuk siapkan rumah, bersengkang mata di dewan MPM, masak untuk tetamu yang hadir di rumah, menghabiskan duit untuk bayar itu ini. Doa dan nasihat kalian akan dititip di dalam hati.  Mudahan kami bisa melayari bahtera rumahtangga dengan rahmat dan berkat doa kalian.

4 thoughts on “Penatnya keje kawen

  1. wah name penuh i! ehe…yeah, wedding is a tiring day aint? ai wat cm omputeh je la lenkali. majlis pagi2, tgh hari da habes.sejuk pun sejuk. hhihi..:) pastu idang koko crunch. sure best.hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *