Sejarah blog dulu

I deleted a few entries from my blogspot, trying to give more limelight to the new domain. Qalamun.com was someone else’s last time. But yeah, it’s mine now. Lalala. Ingatkan nak beli blondebanjar, tapi nak taruk celah mana? Last time iyelah, I was a dedicated and disciplined blogger.

Perasaan melihat kembali entry lama, zaman world cup, masa zaman tengah bercinta, politik malaysia yang tak kebah panasnya, entry pengubat jiwa, entry ketika duka, entry yang menceritakan pengalaman, menulis ketika sedang marah, menulis kerana terilham, dan menulis kerana bosan.

Macam-macam perasaan bila skim (baca dengan laju) entry yang lama. Rasa diri ni bodoh ada. Menyesal ada. Tergelak ada. Rasa panas hati ada. Rasa cam ‘hek elleh, what are you doing nieh?’ pun ada. Macam-macam ada~~~ Tapi itulah. Past shapes what we are today. Sejarah itulah yang mengajar kita. Sejarah membentuk diri kita. Sejarah dan peristiwa menjadikan kita orang yang baru. Orang yang lebih bersemangat. Orang yang tidak mahu tunduk kepada orang lain. Orang yang belajar dari kesilapan (ini penting).

Yang lepas, biarlah. Pilihan aku juga. Kini aku tahu. Banyak peristiwa berlaku, melatih aku menjadi lebih kuat dan berpengalaman. Sejarah mungkin berulang? Mungkin. Namun ia bergantung kepada kita, bagaimana untuk mengendalikannya, agar di hujung kisah, sejarah itu sejarah yang berguna untuk semua. Insya Allah.

2 thoughts on “Sejarah blog dulu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *