Raya aku dan ummah

Semalam aku beraya. Pun orang datang rumah aku beraya. Bob je belum lagi.

Semalam dilema mengambil makanan berlemak dan bersantan sangat pedih. Desert dan minuman bergula, aduh. Hancur program diet sebulan aku dalam masa sehari. Hilang segala healthy food nutrition yang aku consume selama ni, dalam masa sehari. Oh, betapa jangka masa sehari bisa membuatkan daguku berlapis (rasa tak nak pergi beraya oke!). Oh, lemak membina semula lapisan-lapisan pertahan di bawah epidermis. Aduh tensi!

Fajar ini aku terfikir. Sungguh tidak bersyukur aku ini. Aku egois. Aku tidak memikirkan nasib saudaraku di Palestin. Aku tidak memikirkan soal ummah di sempadan negara lain. Sungguh selfishnya aku.

Aku teringin kurus demi kecantikan dan streotype idea of beauty. Aku tak bersyukur dengan limpah rahmat rezeki yang Allah bagi raya ni. Aku bayangkan, kalau aku berada di Palestin, tidak ada istilah diet. Tidak ada istilah makanan mewah. Tak perlu aku gusar, check berat badan tiap hari. Tak perlu kemudahan gym dan kolam renang. Aduh. Sebelum aku tidur, aku tidak memikirkan masalah ummah. Aku terlupa amaran Rasulullah:

من بات ولم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم

Yang bermaksud:

“Barang siapa yang tidur nyenyak dan tidak mengambil peduli urusan umat Islam maka ia bukan dari golongan mereka”.

Maafkan aku wahai saudara. Maafkan aku wahai teman. Mudahan kalian menikmati Syawal ini dengan bahagia dan tenang. Di bumi mana kalian berada, aku ingin mengucapkan:

Eid Mubarak. Maaf zahir batin.

PS: I like this. Wayyyy better than Pavarotti image.

google_haxorz

 

3 thoughts on “Raya aku dan ummah

  1. Usahlah gusar tang lemak dan kalori itu, sayang. Hari Raya hari untuk kita bergembira! Kita merasa makanan yang lazat-lazat! disamping bertukar2 khabar dan berpandang2an antara satu sama lain.

    Nanti lepas raya barulah kita sort the weight out, eh?

Leave a Reply

Your email address will not be published.