Bismillah. Dengan nama Allah, catatan dimulakan.
Setiap Muslim telah diberikan tanggungjawab ( rujuk quran – 2:30 dan 51:56). Mutakhir, semua orang sibuk, menyediakan apa yang patut untuk Malaysian Fest. Sejak dari hari saya bekerja (membuat persiapan untuk MFest) dengan seorang sahabat, lidah dan hati saya bertanya:
Adakah apa yang aku lakukan ini akan membantuku di akhirat? Laa.. ape la yang aku buat ni sebenarnya? Untuk siapa?
Entah. Sehingga saat ini saya sendiri tidak pasti. Masa yang dihabiskan tak mungkin akan saya dapat kembali. Setiap detik yang saya telah luangkan, Allah akan tanya saya di akhirat nanti. Apa jawaban yang patut saya beri? Takut. Takut kerana tidak meluangkan masa sebaiknya dan tidak sabar semasa membuat kerja. Bimbang, andai Allah akan persoalkan, samada setiap perkara yang saya lakukan, tidak bermanfaat untuk diri sendiri dan semua.
Kerja itu tidak semestinya tanggungjawab kan? Kerja itu tidak semestinya WAJIB buat kan? Tanggungjawab itu, walau di mana pun kita berada, kena buat kan? Namun, adakah saya sudah lunaskan tanggungjawab itu? Dan kini, hati saya berasa sedih.
pernah berada dalam situasi itu.
semoga kamu tenang.
sama.
pernah beerperasaan sama.. waktu terlibat dgn acara yg lbh kurang sama last year..
tp tulah org kata, tepuk dada tanya iman.