bila diri diuji bahagian III

hurm, bila nak taruk title, rase cam, “ler, dah ada 3 part oredi? banyaknye…” so rasenye pasni perkara yang sama, kena beri tajuk lain2 pula. well, dalam hidup mmg akan ada ujian kehidupan kan? bukan saya sahaja. ujian kali ni, futur. xtau la bole ke tulis tentg rasa futur dlm blog ni, huhuh, saya budak baru belajar.

semalam juga rasanya saya telah membuat keputusan besar dalam hidup saya. bukan senang. banyak faktor perlu difikirkan. dan menjaga kemaslahatan dan hati orang2 yang penting dalam hidup saya juga penting. tapi menjaga hubungan dengan Allah itu yang utama. tapi itulah, saya manusia lemah dan bodoh, perlu dibimbing, dan telah diberikan sumber ilham dan peringatan (lihat quranul karim 39:87) namun, masih juga perlukan sesuatu untuk mendokong iman dan quwwah. bagaimanakah?

saya sayang jalan yang saya pilih sekarang namun banyak hasutan, bisikan serta ujian melanda. liqa’ lepas saya belajar, kita hanya ada 2 jalan (serta merta saya ingat poem ‘the road not taken’.

  1. Jalan highway (ada tol tak?) yang disinari lamp post yang banyak, berturap rata, seronok rasanya kalau memacu MPV Ssang Yong kita di atasnya. namun, jalan itu ada fatamorgana, membuatkan kita (nahnu) tak nampak, tebing curam 80 darjah yang bakal menarik MPV Ssang Yong kita ke dalam lembah gelap lagi durjana. sekelip mata. iskhh… ngeri.
  2. Jalan kampung yang terperosok, hatta GPS kita pun tak mampu detect jalan tu. Tak masuk dalam mana2 peta GPS. Jalan itu berliku, mabuk pening kita dibuatnya. Bumpy lagi kasar turapannya. Ada juga lopak2 lumpur yang mengotorkan tayar MPV Ssang Yong kita. Brek kita juga bakal mengalami dehydration (haus la tuh), badan MPV takyah cerita la. Pokok2 dan semak berduri di tepi memang jahat. Mencederakan badan MPV kita. isk, kenapa la bodoh sangat lalu jalan ni? bodoh ker? sebab di penghujung jalan, kita akan bertemu pelangi cantik, ciptaan Allah yang amat perfect dan sebuah kampung yang aman damai. penduduknya ramai dan baik pula. cantik serba sebi kampung itu. iskh… bayangkan betapa indahnya tempat itu dan rasa bahagia yang bakal kita kecapi.

Kita perlu memilih antara 2 jalan itu. ‘Jalan Kesenangan’ yang bakal membawa kita ke lurah jahanam atau ‘Jalan Kesusahan’ yang bakal membawa kita ke sebuah kampung yang cantik. Anda pilih yang mana?

PS: Oh, saya masih lagi berasa futur…

PPS: terjumpa video pagi ni di youtube (antara most viewed), bagaimana dengan menuang air COKE, bisa menjelmakan cacing2 di atas daging pork. anda mahu minum coke lagi?? ngahaha. mungkin tidak selepas melihat ini. http://www.youtube.com/watch?v=WDBAG0KPLcs
(tak boleh embed video, kena ziarah page youtube itu sendiri, maaf. saya bukan directornya. barangkali dia buat begitu kerana terlalu ramai yang telah mencabuli hak copyright beliau, dan saya rasa, pakcik ni bukan muslim-melihat kepada previous videoyang di post oleh beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published.