Kembali ke Plymouth

3 minggu rupanya saya meninggalkan Plymouth. Kali ini berjalan tak terasa penat. Sebab ada hala tujuan, ada niat dan hati yang redha. Semasa di Dublin, saya dapat tahu ahli keluarga saya meninggal. Adik (Pakcik laa) bongsu sebelah emak saya hantar SMS. Saya tahu lambat. Handphone silent. Saya baru bukak seusai jemaah subuh dan ma’thurat. Saat hening pagi dan dingin Dublin yang menusuk tulang, air mata suam mengalir di pipi. Saya sedekahkan yasin dan al fatihah kepadanya. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa dia (Umi Salmah Bt. Ibrahim Asta) semasa di dunia. Teringat benar kuliah tarbiyah ruhuhiyah ustadz Muhaimin, saya redha pemergiannya. Tanda dia sudah naik level (macam dalam game pula), ke alam baru, iaitu alam kubur. Teringat pula skrip ustadz:

Ustadz: Siapa nak masuk syurga?
Audience: (Ramai-ramai menjawab) Nak!!
Ustadz: Siapa nak mati?
Audience: (Ramai-ramai menjawab) Tak nak!!
Ustadz: Lah, kalau tak nak mati, macam mana nak masuk syurga?
[Kemudian ustadz Muhaimin meneruskan kuliahnya tentang mati dan peringkat alam roh manusia]

Adik kepada emak saya, allyarhamah dulu lebih berpengaruh ke atas diri saya berbanding dengan emak saya. Itu kisah dahulu. Saat hati masih mentah. Akal pun tak berapa panjang. Terasa hati sebagai seorang perantau. Cuba call rumah. Tiada orang angkat. “Duh, mesti la diaorang kat kampung”. Roaming di Dublin pula tu. Cakap pun seminit saja.

Saya redha pemergiannya, ke alam yang baru. Tunggu turn kita pula.

___________________________

Places that i went to, chronologically:
1- Land’s End
2- Bath
3- Bristol
4-Coventry (PMS: 22-27 Dec 2006)
5-Birmingham (The Beeches)
6- Southampton
7- Portsmouth
8- London
9- Dublin, Ireland.
10- Cork, Ireland.
11- Galway, Ireland.

Alhamdulillah, the journey is meaningful. Not a temporary enjoyment. Purely satisfied. Thanks to Allah.

1 thought on “Kembali ke Plymouth

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *