Politik Sastera di Malaysia

Sudah lama tidak menulis dalam bahasa ibunda. Juga, saya rindu mahu belajar Bahasa Arab sebenarnya. Semanjak dari hari saya ketemu ibu bapa Ahmad Al Khateeb. Kalau ada orang tuliskan puisi mengenai diri saya dalam bahasa Arab, nescaya jatuhlah hati saya kepadanya. Bahasa Arab sangat indah dan romantik. Selepas bahasa Arab, Urdu. sangat romantik. Susah nak terjemahkan dalam bahasa Melayu dengan indah. Bagai membaca terjemahan Harry Potter dalam bahasa Melayu, tiada ‘umph’ rasanya.

Saya tidak maksudkan BM tidak indah, namun, sebuah tulisan yang asalnya ditulis dalam bahasa ibunda, pabila diterjemah, lain perasaan membacanya. Setuju atau tidak terpulang kepada individu.

Suatu hari ketika berbual dengan emak di telefon:

Ainee: Mak, orang kat Barbican Theatre tu kata, nanti poem saya dibukukan. Lepas tu, dia cakap poem saya antara yang bakal dipilih untuk diletakkan dalam gelas kaca sebagai bahan pameran. Huhu. Tak sangka~

Emak: Oh, baguslah. Tapi tak sangka, kamu lebih kepada Bahasa Inggeris. Kenapa ek?

Ainee: Hehe, tu kat sini.

Mungkin kerana mak saya dulu ambil aliran sastera melayu, mungkin dia berharap anak dia akan berminat dengan bidang yang sama.

Mak, Ainee bukan tak minat sastera, minat sangat sebenarnya. Tapi sekarang, sementara tengah ada peluang tuntut ilmu kat negara orang secara free, baiklah mengambil peluang sepenuhnya. Siapa tahu saya bakal mewarisi bakat Muhammad Haji Salleh? Mahir dalam pelbagai bahasa.

Balik Malaysia nanti mungkin boleh hadiri seminar dan bengkel penulisan Bahasa Melayu pula. Insya Allah. With Allah’s will, he will lead me to the best.

Saya mahu pelajari dan fahami pelbagai bahasa, anda?

6 thoughts on “Politik Sastera di Malaysia

  1. sygnya dulu belajar bahasa arab 3 thn shj. Itupun macam terpaksa. Satu sebab lari ke mrsm tuh. Tapi baru2 ini lps belajar socioling baru dpt tahu bhs arab bhs paling susah di dunia mengikut pandangan some linguists. Insya-Allah satu hari nnt nk belajar juga bahasa arab balik. Satu-satunya bahasa yang takkan mati smpi bila-bila. Bahasa Al-Quran,bahasa alam barzakh, bahasa akhirat.

    p/s: tahniah ainee. saya sangat bangga terhadap anda.

  2. yeah. bahasa arab itu sgt indah, tp ia juga sgt susah. lebih kurang sama dgn bahasa korea, cuma korea itu kasar.

    urdu & hindi itu serupa x?? i know a lil bit of hindi. once you watched lots of hindi movies, u’ll get the knack of it. hehe.

    -jis-

  3. farah: memang bahasa arab susah. kamus arabiah lagi tebal, dan ber volume, lebih banyak dari english.
    kosa kata dan terjemahan maksud satu perkataan itu cukup luas. bayangkan encyclopaedia yg tebal itu, punya pelbagai volume, begitulah rupa jumlah kamus di tanah arab. (malaysia tak sampai lagi).

    miszunderstood@jis:
    haha, nak bahasa lembut? bahasa thai i think. even gangster gado pon trase cam xde laa ngeri sangat.

    jenanese:
    dak jenan ek? bole sy tau batch bile? yer, setuju, bahasa cina (sy teringin nak belajar cantonese)memang bagi bonus. jumlah penutur bahasa cina lebih ramai dari jumlah penutur bahasa inggeris. tp tu utk tujuan duniawi la.

  4. rajinkan baca quran..itulah bahasa Arab sebenar dengan ayat2 tiada tolok bandingnya..penuh dengan maksud tersirat au tersurat..
    but i think i need to improve my english 1st..broken.. :p

  5. yea… bahasa arab tu susah sikit … Ima pernah belajar sekejap time sekolah men sebelum tukar sekolah… susah juga sbb ada bahasa bandar n pasar…

    kalu bahasa inggeris tu ada semalam, hari ini n esok but bahasa arab tambah satu lagi time iaitu akan dtg… but bahasanya indah.. lembut tambahan lenggok puisinye.. teringin Ima nak sambung belajar bahasa arab…

    Ima setuju kiranya kita tahu byk bahasa bagus sekali… Ima teringin belajar bahasa arab, cina, korea, jepun n spanish… but kt m’sia x tau kat mana leh belajar bahasa korea… ada yg tau ker kat arae shah alam nie…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *