Bila umur menginjak ke 21

Hari ini hari sabtu. Hari ini merupakan hari yang penting buat saya. Umur saya menginjak kepada angka 21 dengan rasminya mengikut Greenwich Mean Time. Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memanjangkan umur saya, masih menyayangi saya dan memberi rezeki yang melimpah ruah kepada saya. Alhamdulillah. Segala Pujian bagi Allah. All praises to Allah. Tatkala membaca entry KeretaMayat yang latest, hati saya membenarkan kata-katanya. Ya, kita perlu meminta agar umur kita diberkati, bukan setakat umur yang panjang. Biarlah saya mati syahid tatkala muda dari menyusahkan orang (cth:bakal anak2/cucu sy/orang hospital) bila tua nanti. Justeru, di dalam entry (apa ya terma bahasa Melayu bagi perkataan entry? Masukan?) kali ini, saya bukan hendak bercerita tentang sambutan hari lahir yang ke 21 ini, namun hati ini terdetik untuk menaakul tentang apa yang saya telah buat sepanjang 21 tahun saya hidup.

Sepanjang 21 tahun ini, pelbagai kenangan pahit manis dan pengalaman saya kecapi. Perpindahan ke SMKASAS merupakan antara yang termanis buat saya. Hingga kini pabila saya datang kembali ke sekolah, kasih sayang dari guru-guru yang pernah mengajar saya membuatkan saya terharu. Insya Allah, saya berazam untuk menjadi guru-guru yang hebat seperti mereka, malah lebih hebat dari mereka, Insya Allah. Saya doakan agar guru-guru saya menjadi penghuni syurga Allah, juga dosa-dosa mereka diampunkan dan agar Allah berikan mereka kekuatan untuk mendidik anak-anak bangsa.Anda boleh lihat wajah-wajah mereka di sini; laman web rasmi SMKASAS. Ada yang di antara mereka sudah bertukar dan sebagainya. Namun, izinkan saya namakan mereka yang memberi inspirasi kepada saya. Jasa kalian akan dikenang hingga Izrail menjemput saya.

Ustadz Yazid
Pn. Jumilah
Pn. Bainah
Pn. Zaimah
Ustadz Rushdi
Pn. Bahiyah
Pn. Alina
Pn. Hazaliza
Teacher Rose
Pn. Norayon
Ustadz Kashfi
Ustazah Uraidah
Ustadz Ziyad
Cikgu Zan Asri

Terima kasih kerana memberikan daku inspirasi, moga ilmu yang kalian curahkan akan menjadi bekalan pahala yang berkekalan. Terima kasih cikgu!

Hari ini juga membuatkan saya sedar tentang kemasukan saya secara rasmi ke dalam alam dewasa. Sudah tua saya rupanya. Boleh mengundi dan memegang kunci kebebasan. Namun kebebasan bukanlah bermakna keseronokan. Terlalu banyak perjuangan yang perlu dilangsaikan. Segala ranjau alam orang dewasa perlu dihadapi dengan akal relevan dan matang. Susah juga menjadi orang dewasa ya?

Terima kasih kepada yang telah memberi ucapan juga bingkisan kenangan. Nantikan entry seterusnya, penamat kepada detik bersejarah hidup ini. Terima kasih semua.

Your Birthdate: September 9

You are a born idealist, with more pet causes than you can count.
You prefer be around others, both when working and while relaxing.
Generous and giving, you believe you can change the world one person at a time.
You’re open minded and tolerant. People feel like they can tell you anything.

Your strength: Your go-with-the-flow flexibility

Your weakness: Your flair for the over dramatic

Your power color: Pine green

Your power symbol: Circle

Your power month: September

1 thought on “Bila umur menginjak ke 21

  1. ainee happy 21st birthday… umur kita umur pemuda… kita manfaatknnya dgn perjuangan yang tiada sia-sia… dgn amal ibadat sebyk mungkin sebyk dan sekuat tenaga yg ada di usia yg masih muda ini (ingtan kepada diri juga)… juga tambahkan ilmu di dada…kerana Allah lebih menyayangi orang2 muda yg taat dan byk amalnya drp org2 tua yg taat dan juga byk amalnya… itulah istimewanya kita… insya-Allah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *