mari menderma (a cynicism preach)

Kawan-kawan sekalian, marilah kita menderma kepada bakat baru yang bakal menggegarkan industri tanah air mengalahkan gegaran tsunami. Marilah kita mengayakan orang kaya yang semakin kaya dengan memiskinkan kita. Marilah kita berbelanja wang hasil titik peluh kita untuk mengundi bakat-bakat besar Malaysia . Marilah kita mengeluarkan air mata untuk bakat kesayangan kita, biarpun suaranya tak sesedap mana, janji sedap dipandang mata. Marilah kawan-kawan kita buat undian yang bijak untuk bakat-bakat besar ini, walaupun kita tak pernah buat undian yang bijak untuk pilihan raya negara kita, namun kerana mereka ini bakat besar negara, kita perlu undi mereka kerana mereka yang menentukan masa depan industri negara kita yang memiskinkan kita. Marilah kawan-kawan, jangan dermakan duit anda yang amat berharga itu kepada orang yang anda tidak sayang dan tidak mempunyai bakat besar seperti orang Palestin sana. Marilah kita derma duit kad prabayar kita kepada bakat-bakat besar ini. Mari kita dermakan air mata kita. Mari kita dermakan jiwa raga kita kepada mereka. Marilah! Saya menyeru kepada kawan-kawan sekalian agar menjadi pengundi dan penderma yang bijak lagi murah hati.

[klik pautan untuk cerita lanjut. baca dengan hati dan akal]

1 thought on “mari menderma (a cynicism preach)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *