Kepada yang pernah membaca entry ‘pasca musim imtihan dan portfolio’, kali ini saya bawakan berita gembira.
(Saya tetap gembira walau dapat weak pass)
Terus terang, saya lebih tumpukan study saya kepada timed-essay kerna portfolio ini garis penentunya cuma ‘pass and fail’ sahaja. Jadi, kenapa mahu bersusah score untuk ‘pass and fail’. Anda cuma ada dua kebarangkalian. Untuk mendapat good saya memerlukan lebih banyak bahan untuk menebalkan portfolio dan perlu mengorbankan masa study yang priceless. Semoga usaha saya diberkati Allah.