tuntutan agama vs adat yg menyusahkan

SUMBER ARTIKEL: awkward thinker, Japan.

KAHWIN..KAHWIN..KAHWIN saban hari media melaporkan betapa gejala keruntuhan moral di kalangan orang Melayu semakin membimbangkan.Keruntuhan moral berkaitan dengan perilaku seksual sering menjadi bahan bacaan ‘panas’ dada-dada akhbar.
*Siapa suruh wujudkan undang-undang yang menyusahkan? Nak biar pasangan teguh dari ekonomi sebelum kahwin tapi buat maksiat atau sokong pasangan yang dah sampai tahap wajib kahwin agar tak melakukan maksiat? Allah tu kan Maha Pemurah. I bet orang yang follow undang-undang Dia lagi dimurahkan rezeki. Bukan ke Allah kate, Kamilah pemberi rezeki. (Forgot laa which verse~adoii~~)

Gadis yang menjual tubuh hanya melalui tambah nilai kad pra bayar, perlakuan seks bebas di kalangan remaja menggambarkan betapa bangsa Melayu sedang menghadapi krisis keruntuhan akhlak yang amat teruk.Krisis keruntuhan moral bangsa Melayu ini diburukkan lagi dengan penyalahgunaan teknologi komunikasi terkini. Gambar-gambar serta video klip lucah dengan mudah diperolehi melalui telefon bimbit dan internet. Ianya merangsang perkembangan seksual anak-anak pada peringkat yang lebih awal.
*Ala, tak payah tengok kat jalan2. kat media selambe je. mane laa seks bebas x jadi norm kat Msia.

Hanya perkahwinanlah satu-satunya jalan untuk menyelesaikan permasalahan yang berkaitan dengan keruntuhan moral seksual serta mengelakkan lebih banyak jenayah seksual.Lebih memburukkan ianya akan membabitkan pembunuhan samada di peringkat janin ataupun bayi yang tidak berdosa dan adakalanya wanita sendiri yang sering menjadi mangsa samada dibunuh atau membunuh diri bagi menutup kesilapan dan keterlanjuran.
*lebih baik bunuh bayi dari mengaibkan keluarga~(I’m being sarcastic here if you don’t get it)

Akan tetapi muda mudi beranggapan perkahwinan bukanlah satu perkara yang mudah, ianya sesuatu yang menyusahkan. Bermula daripada hantaran yang tinggi yang kebiasaanya tidak kurang RM3000 mutakhir ini. Persiapan majlis pertunangannya, persiapan kenduri kendaranya, persiapan pelaminnya, persiapan pasukan kompangnya dan banyak lagi, yang barangkali jika dibuat pinjaman untuk menguruskan kenduri kahwin ini mungkin apabila sudah beranak pinak, pinjaman bank masih belum habis dijelaskan.
*Pendapat yg kurang mampu tapi berkeinginan nak kahwin }Nak kahwin; mahal, susah lagi menyusahkan. Nak buat camane tok?

Akhirnya pasangan yang sudah memuncak nafsu syahwatnya, mengambil jalan pintas, lebih baik mereka duduk bersekedudukan sementara menunggu tempoh pertunangan yang lama untuk mengumpulkan belanja perkahwinan.

Adakah ini ajaran Islam atau hanya adat kita orang Melayu? Adakah ajaran Islam yang menyusahkan pasangan muda mudi untuk berkahwin sekarang ini atau hanya adat Melayu yang meyulitkan pasangan muda mudi untuk berkahwin?
*Ape lagi, nyata sungguh penyataan soalan yang mencabar sgt minda nie. Tuntutan agama atau adat yang menyusahkan?

Apakah orang Melayu malu jika anak mereka tidak mengadakan kenduri besar-besaran untuk perkahwinan anak mereka, hantarannya sedikit tetapi tidak malu pada Allah apabila anak mereka keluar dengan pasangannya sebelum mereka berkahwin? Sedangkan dalam Islam sudah dianjurkan , apabila muda mudi Islam sudah sampai tempoh mereka untuk berkahwin maka hendaklah disegerakan dan dipermudahkan.
*Ala, orang kite, kahwin sampai ratus ribu, maskahwin kene nombor yg sama, masuk paper, kenduri 3 hari 3 malam, 2 tahun kemudian, bercerai. Kes ni, baru sangat terjadi kan? jadi, apakah perkahwinan itu dibina atas niat hendak berbangga atau hendak melaksanakan hukum tuhan?

Malah pernah kita dengar cerita bagaimana Nabi Muhammad S.A.W menyuruh para sahabat mengadakan kenduri kahwin sekadar yang mampu dan seadanya walaupun hanya dengan memberi minum air dan makan tamar. Ini adalah kerana tujuan diadakan kenduri kahwin atau walimatul urus ini adalah untuk memberitahu kepada masyarakat bahawa pasangan tersebut telah pun berkahwin seterusnya untuk mengelakkan fitnah.
*Tujuan panggil orang ramai, kenalan kita, datang ke kenduri ialah untuk menghebohkan tentang masjid yang baru dibina. Bukan menafikan soalan wartawan, sorok-sorok tarikh perkahwinan, siap bagi initial lg kat pasangan. Datuk X la, Y la, ingat pelajaran algebra ke?

Namun kepada mereka yang mampu untuk mengadakan kenduri kahwin secara besar-besaran ianya bukanlah menjadi halangan jika niat mereka adalah untuk memberi makan kepada semua tetamu yang hadir. Akan tetapi media harus memainkan peranan agar tidak terlalu memperbesarkan majlis kenduri kahwin yang hebat-hebat dan mewah-mewah , kerana ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi masyarakat supaya berlumba-lumba mengadakan kenduri kahwin yang hebat-hebat.Untuk mengawal keruntuhan moral seksual yang semakin teruk dewasa ini, media harus memainkan peranan agar mempromosi kenduri kahwin yang dibuat secara sederhana.Kenduri kahwin yang tiada pelamin berharga beribu-ribu ringgit, kenduri kahwin yang tiada persalinan bajunya yang berpasang-pasang,kenduri kahwin yang dibuat di masjid, kenduri kahwin yang dibuat secara beramai-ramai dan sebagainya.
Dengan ini masyarakat akan berlumba-lumba untuk mengahwinkan dengan segera anak mereka,kerana mereka tidak berasa malu lagi jika kenduri kahwin hanya dibuat kenduri [yang simple].

TAMBAHAN DARI SUMBER ASAL(lupe nak paste mase awal2, sowwy!!):
Muda mudi kita sekarang ini semakin keliru apakah ajaran Islam yang menyusahkan atau adat Melayu sebenarnya yang menyusahkan mereka untuk berkahwin. Mereka membuat persiapan yang bersungguh-sungguh untuk majlis kenduri kahwin dengan mengumpul duit bertahun-tahun serta perlu ditambah pula dengan pinjaman bank. Sebaliknya mereka tidak mempunyai persiapan yang secukupknya untuk menjadi suami yang soleh, isteri yang solehah dan mendidik anak menjadi anak yang soleh. Akibatnya majlis kenduri kahwin dapat dilaksanakan dengan hebat akan tetapi perjalanan hidup sebagai sebuah keluarga suami , isteri dan anak-anak menjadi porak peranda.

Honestly, I have a feeling to get married. Living peacefully yet happily. I believe what Allah has said, fated, has hikmah (goodness and benefit). I envy of my friends who got married. [not directed to one person OK? ***** jgn prasans laks , haha]. Though both (my friend and husband) still learning, her life get better, in fact, she’s more motivated to do her asignment compared to the time when she’s still single [yg ni iye, one of my friend’s case]. Kepada yang sudah melayari bahtera perkahwinan tu, semoga berbahagia senantiasa, semoga Allah melindungi kamu semua, semoga Allah mempercepatkan juga jodoh saya. Semoga mak saya juga faham situasi saya (cross fingers! huu~~ tapi mak x bace blog nie!!).

10 thoughts on “tuntutan agama vs adat yg menyusahkan

  1. Huhuh~trimas kerna memahami diriku. uhuks. adeh~~dh laa denga lagu in team nieh, kasih kekasih.x bniat nk psg.mmg wujud dlm playlist.huahua.mak~~~

  2. berkahwin adalah tuntutan naluri, dan juga tuntutan agama. Jika segalanya sudah mengizinkan, maka jangan tangguh2… tapi, kalau belum, nabi ajar supaya kita berpuasa.

    ramai yg tergelak dengar benda ni, but it is so true that if we practice islam wholely, we’ll get the solution of everything. EVERYTHING, remember?

    selagi mana kita tak tumpahkan kepercayaan kita pada Yang Maha Menciptakan, selagi itulah kita takkan menyerah dengan sepenuh penyerahan. [kerana islam itu beerti penyerahan…] Berserah dengan takdir dan ketentuan-Nya, jugak berserah pada segala yang telah ditetapkan-Nya di dalam Buku Mulia, al-Quranul Kareem.

    so, percaya pada Dia. Sabar… Dia dah tentukan semuanya. No worries, kay. Just be a good servant of His, He’ll reward you in return insya-Allah.

  3. Huhu~~seb baek ade ka sofi~~~huu~~~akak dh nk blk dh kn? thanks for d advice anyway. yakin!

  4. aku setuju ar dgr artikel tu…
    takpe aini, sabar jela…
    DIA dah tentukan semuanya, yang dulu, sekarang dan akan datang…
    So, pape pun ko buat, sentiasalah ikut syariat…
    Semuanya pasti ok…

  5. apa larh!!!!mmg adat melayu mnyusahkn..Islam itu amat memudahkn,
    Islam juga memudahkan apa yg mnyusahkn,cuma adat kaum yg membezakan budaya kita..
    wallahualam

  6. Ya Allah selamatkan la negara ku ini,kurniakanlah kami Pemimpin yg cekap,jujur,amanahdedikasi,ikhlas,berjiwa rakyat,tabah serta sabar menghadapi dugaan an cabaran rakyat dlm hidup sebagai seorang pemimpin yg berjaya
    AAAMMIIIIIIIIIIIIIIIIIIIINNNNNNNNNNNN…………

  7. im still a student ada lagi a year to complete study then parents kata jgn terburu2 nak kawin.. my plan dgn partner simple je. in fact amat memudahkan.. selama setahun sy still study we plan to nikah first then after sy dah complete study baru buat kenduri yg diinginkan oleh family.. for me simple would do but they dont think so.. but sy tak salahkan mereka krn family hanya memikirkan yg terbaik for their daugher.. problems is i can feel yg mereka tak setuju niat baik sy nak nikah dulu. My partner is far older than me which is good kerana kematangan dia.. dan sy juga bersetuju bila dah berkahwin fokus kita hanya satu, bila nak study or buat assignment kita boleh fokus dan kadang2 balik jumpa hubby which is better than tak tentu harah berdating! so sekarang even muka tebal 28 inci sbb bertegas nk kawen gak (they must think im sangap or whatsoever) =P but sy akan tegakkan kebenaran niat yg sebenar kenapa sy benar2 ingin berkahwin & tiada yg lain hanya untuk mencari keredhaaNya.. Ameen.

  8. jgn salahkan adat dan agama
    salahkan diri sendiri yang x pnah cuba untk memahami keduanya
    jika kite Islam hanya pd nama, sememangya kita akan rasa kesusahan
    jika kite Islam yg sebenarnya…..kite pasti dpt tempuhi dugan-Nya
    jika adat yg menjadi persoalan, mgapa masyarakat zman dahulu ,mampu menanganinya?
    sedagkn ketika itu pn sudah wujud syaitan dan iblis yg menggoda manusia??
    soal nikah kawin bukan perkara mainan
    sesungguhnys ia jalan yg kite pilih ntuk teruskan kehidupan yg sgt panjang…………….
    renungkan………ilal liqa’

Leave a Reply

Your email address will not be published.